in

BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh & Baki Bayaran Mengikut Kategori

bkc fasa 2
ADVERTISEMENT

BKC FASA 2 : SEMAKAN STATUS, TARIKH & BAKI BAYARAN YANG AKAN DITERIMA MENGIKUT KATEGORI

BKC FASA 1 telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak bermula 6 September 2021.

Penerima BKC terdiri daripada 3 kategori utama, dan dipecahkan lagi kepada beberapa kategori kecil mengikut status Bujang / Berkahwin / Warga Emas.

ADVERTISEMENT

Seperti yang diumumkan, pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Jika anda kurang pasti sama ada anda layak menerima bayaran bantuan BKC bagi Fasa 2, di sini kami kongsikan info lanjut tentang semakan kelayakan serta jumlah bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC) Fasa 2 yang terkini.

Apakah Bantuan Khas COVID19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

lupa kata laluan bkc

Syarat Kelayakan

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

  • Miskin tegar
  • B40
  • M40

Sila rujuk jadual kelayakan penerima BKC dengan terperinci melalui kriteria di bawah:

Baca juga: BPR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Jumlah Baki Yang Akan Diterima

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

Pembayaran BKC akan dibuat secara berfasa sebanyak 3 kali.

Berikut adalah tarikh bayaran yang dijadualkan bagi ketiga-tiga fasa BKC tersebut.

  • BKC Fasa 1 : Mulai 6 September 2021 (*Bagi kategori M40 bermula 9 September 2021)
  • BKC Fasa 2 : November 2021
  • BKC Fasa 3 : Disember 2021

*Sumber : FAQ Bantuan Khas COVID-19 (Dikemaskini 9 September 2021)

Kalau kita tengok pada jadual tu, bukan semua akan terima Fasa 2 dan 3.

Penerima bagi setiap Fasa BKC adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) , B40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) & M40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas)
  • Fasa 2 : Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas), B40 (Kategori Berkahwin sahaja)
  • Fasa 3 : Miskin Tegar (Kategori Berkahwin sahaja)

Semakan Status Bantuan BKC Fasa 2

Orang awam boleh membuat semakan status kelayakan Bantuan Khas Covid19 melalui 2 cara berikut:

  • i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021)
  • ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47

Terlupa Kata Laluan BKC

Jika anda terlupa kata laluan BKC dan tidak dapat mengakses akaun anda, sila rujuk cara mendapatkan semula ID / password melalui langkah berikut:

Bilakah pembayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2?

Bayaran Fasa 2 dijadualkan pada November 2021.

Berapakah jumlah yang akan diterima oleh penerima BKC Fasa 2?

RM300 – RM500

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Tempat Sering Berlaku Mati Lemas Di Malaysia – Bomba

5 Tips Elak Air Rebusan Melimpah Keluar Semasa Merebus!