Rayuan MRSM 2023/2024: Tips & Cara Membuat Rayuan

Untuk makluman, tawaran kemasukan ke MRSM telah diumumkan pada 7 Mac 2023 yang lalu. Oleh itu, ibu bapa serta murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang telah membuat permohonan ke MRSM boleh membuat semakan segera. 

Selain semakan secara dalam talian melalui portal MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM juga akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Namun, sekiranya permohonan anda tidak berjaya, usah risau. Anda boleh membuat rayuan sebelum tarikh yang ditetapkan. Permohonan rayuan MRSM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web MARA.

Teruskan membaca. 

BACA JUGA: Semakan Kemasukan MRSM Sesi 2023 & Permohonan Rayuan

Rayuan MRSM – Tarikh & Cara Membuat Rayuan

Bagi yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan dari 7 Mac sehingga 14 Mac 2023 sebelum jam 5 petang. Rayuan hendaklah dibuat melalui sistem online sahaja.

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat rayuan. 

  1. Sila login dan buat semakan keputusan di pautan berikut:
  2. Kemudian, cari butang rayuan untuk buat rayuan secara online. 
  3. Sekiranya tiada butang rayuan, ini bermaksud:
    • Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima. 
    • Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)

Kepada yang tidak mempunyai butang rayuan, sabar. Sentiasa buat semakan selalu sebab kadang-kadang butang rayuan tiba-tiba muncul. Mungkin sebab dah ada yang menolak tawaran.

NOTA: 

  • Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.
  • Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel berikut: [email protected] 

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2023 / 2024

Keputusan permohonan rayuan MRSM sesi 2022 / 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel yang telah didaftarkan oleh pemohon.

Tarikh semakan keputusan rayuan akan dikemaskini kelak apabila sudah diumumkan. 

BACA JUGA: Tarikh Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Tips Membuat Permohonan Rayuan MRSM

Contoh Surat Permohonan Rayuan Mrsm (Sumber: FB Syafarina)

Kepada yang dah semak keputusan MRSM, jangan terburu-buru untuk tulis rayuan. Ambil masa untuk drafkan terlebih dahulu surat permohonan dan tulis baik-baik.

Dicadangkan agar surat permohonan ditulis dalam bentuk point supaya senang dan jelas untuk dibaca. Tulis sebab anda membuat rayuan.

Contoh:

1. Anak sangat berminat dan berharap…

2. Anak menjadi contoh dan harapan keluarga ..

3. Berbangga menjadi warga MRSM yg mendokong….

4. Berminat dgn sistem pembelajaran di MRSM..

Buat kajian sikit tentang MARA kemudian relatekan dgn rayuan anak.

RAYUAN MRSM
RAYUAN MRSM

Bagaimana Mrsm Boleh Membantu Pencapaian Anak (Sumber: FB Tarmixi Hashim)

Tentang rayuan dalam kotak rayuan tu, tak perlu tergesa-gesa untuk membuat rayuan tu. Ambil masa sebaiknya.

Kalau perlukan 4 jam untuk buat karangan 135 perkataan ke 150 perkataam tu, berikan 4 jam tu. Tak rugi sikit pun kalau berikan lebih masa untuk siapkan karangan rayuan anak tu.

Jangan tulis meleret-leret. Tak perlu nak tulis tentang pencapaian anak di sekolah rendah dalam karangan itu.

Ceritakan apa yg MRSM boleh buat pada anak kita. Contohnya, nyatakan bagaimana MRSM boleh membentuk anak saya untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan juga menunjukkan kecemerlangan dalam aspek sahsiah, kepimpinan, personaliti, rohani & jasmani anak saya kerana MRSM mempunyai sistem pembelajaran yg cukup kondusif bagi membangun daya intelek, kreativiti, inovasi, rohani & jasmani anak saya..

‘Saya’ dalam rayuan itu adalah anak.

Soalan Lazim (FAQ)

  • Bilakah semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat?

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat mulai 7 hingga 15 Mac 2023.

  • Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran?

Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my

  • Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambilan adalah:

1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran

2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.

3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.

4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.

Pengesahan samaada menerima atau menolak tawaran hendaklah dibuat sebelum 13 Mac 2023.

  • Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?

Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

  • Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 21 April 2023.

  • Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.

  • Bila dan bagaimana keputusan rayuan boleh diketahui?

Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2022, rayuan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Atau, e-melkan ke: [email protected]

Atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA: 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: