Senarai Jenama Barang Buatan Malaysia – Jom Beli!
Senarai Jenama Barang Buatan Malaysia ~ Peperangan berterusan yang berlaku di Gaza akibat tindakan zalim Zionis Israel membawa kepada aksi boikot kepada mana-mana syarikat yang menyokong rejim tersebut oleh rakyat Malaysia dan juga beberapa negara lain.
Ia adalah sebagai tanda bantahan tindakan yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap Palestin dengan harapan ia mampu memberi kesan ekonomi yang ketara kepada Israel.
Bagi rakyat Malaysia yang tercari-cari alternatif lain untuk membeli barang keperluan, berikut dikongsikan senarai jenama barang buatan Malaysia untuk memudahkan anda membuat pilihan.
BACA JUGA: Mulai 2023, Barang Import Bawah RM500 Dikenakan Cukai Jualan 10%
Senarai Alternatif Jenama Barang Buatan Malaysia
Kategori | Buatan Malaysia / Negara Pro Palestin |
Minuman (kopi, dll) | Zus Coffee, He & She Coffee, Kopi Saigon, Tealive, Bask Bear Coffee, Cool blog, Richiamo Coffee, Gigi Coffee |
Minuman Panas (Pengganti Nescafe) | Aik Cheong, Super, ChekHup, Hang Tuah, Old Town, Ali Muthu & Ah Hock, Alicafe, Ain Huat, K(434)PI |
Aiskrim | Lazat, Yum Yum, Veri, Donna, Harimeow, Inside Scoop, Mokti’s, F&N, Bubblebee, Kelava, Mizicor |
Coklat | Vochelle, Fidani, Tango, Beryl’s, Harriston |
Makanan Haiwan | Tom Kraf, Power Cat, Qucing, Kissa, Sayangku, Cahaya Hati, Mimicoco, Greens, Misha, Yummy, Meow Land, Pet Land |
Ubat Gigi | Mu’min, Safi, Halagel, Aafiyat Store, Tunnergy, Oradex >> Beli ubat gigi SAFI dengan harga berpatutan di sini |
Penjagaan Diri (Sabun, Syampu, Pencuci Muka, dll) | Good Virtues Co, Antabax, Safi, BAD LAB, Fruiser, Natuwrel, Aiken, Nutox, Kayman, Nano White, Safi, Nourish Organiq, Zar Zou, Cosmoderm, Jelita.KL, Wardah |
Kosmetik | NITA, Elianto, Zahara, Breena Beauty, Velvet Vanity Cosmetics, SimplySiti, Nurraysa, Pixy, Silkygirl, Orkid Cosmetics |
Minuman ringan, teh, dll | 100plus, F&N, Cheers, Sabah Tea, Boh, Drinho, Delite, Cactus, Cameron Valley, Bley, Eau Claire, Spritzer |
Sabun | Kuat Harimau, Do Zee, TLC, Inas, Jasmin 7, Good Maid, Toyyib, Dolive |
Pad Wanita | Libresse, Sofu, Flowra |
Lampin Pakai Buang | Petpet, Drypers, Dale & Cecil, Dru-Pro, Carrie Junior, Baby Kiko, Anakku, Fitti, Kikilala, Diapex, Poney, Fiffy, Mikubi |
Selain senarai di atas, anda juga boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui jenama barang buatan Malaysia yang anda boleh jadikan sebagai alternatif untuk memboikot produk keluaran/jenama pro Israel.
Senarai Jenama Produk Popular Pro Israel
Menurut NGO Aqsa Working Group dan #BDSmovement, berikut antara produk popular Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel :
- Dior
- Coca Cola
- Pepsi
- Nescafe
- Starbucks
- Unilever
- HP (Hewlett Packard)
- Garnier
- Nike
- Puma
- Revlon
- Estee Lauder
- Apple (Mac)
- Palmolive
- Kellogg’s
- Nivea
- McDonald’s
- Dove
- KitKat
- Nestle
- Colgate
- Neutrogena
- Rexona
- Evian
- Marks & Spencer
Cara Membuat Semakan Jenama/Produk Pro-Israel
Anda boleh membuat semakan di laman web berikut untuk mengetahui sama ada sesebuah jenama terlibat dengan pembangunan ekonomi atau penglibatan tentera Israel: https://boycott.thewitness.news/
Kesimpulan
Marilah kita bersama-sama mengutamakan dan menyokong jenama barang buatan Malaysia untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik sekaligus membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Selain itu, tindakan ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk serta perkhidmatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Ini juga sebagai salah satu langkah menyokong usaha boikot produk/jenama pro Israel atas tindakan kekejaman mereka.