PTTS 2.0 : Kit Program Transisi Tahun 1 KPM Sesi 2022 / 2023
KPM telah mengeluarkan surat siaran mengenai pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 bersama kit program bagi sesi 2022/2023.
- Dilaksanakan selama 4 minggu.
- Meliputi fasa penyesuaian dan kesediaan.
- Kit Program Transisi 2022/2023
Antara tema seperti Diri Saya, Dunia di Sekeliling, Ekonomi dan Kewangan, Masyarakat, Alam sekitar, keselamatan, sains teknologi, kesenian kebudayaan, sukan permainan, kesihatan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini berserta faild PDF untuk muat turun.
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 PTTS 2.0) MULAI KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023
KPM telah menetapkan bahawa Program Transisi Tahun 1 (PTTS 2.0) akan dilaksanakan selama 4 minggu.
PTTS 2.0 dilaksanakan oleh murid Tahun 1 bermula minggu pertama sesi baharu persekolahan.
Tempoh ini dimanfaatkan agar murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani, dan tahap penguasaan perkembangan kognitif.
Sila muat turun kit PTTS 2.0 di bawah.
MUAT TURUN PDF:
Soalan Lazim
Tidak, murid perlu berada dalam kelas yang sama sepanjang proses pembelajaran mereka di Tahun 1.
Tidak.
Guru boleh melaksanakan Fasa Penyesuaian menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Ya, sekiranya ia dapat mencapai objektif Fasa Penyesuaian dan sesuai dengan tahap perkembangan murid.
Guru harus merancang PdP yang sesuai dan memastikan murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam DSKP Tahun 1 supaya mereka dapat menguasai literasi dan numerasi asas.
Guru boleh menggunakan templat pelaporan PBD mata pelajaran Tahun 1 sedia ada.
Guru harus memastikan murid dapat mengurus diri dan emosi mereka sebelum memulakan PdP secara formal.
Guru diberi keluwesan menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid mengikut kreativiti masing-masing.
Murid akan meneruskan sesi pembelajaran Tahun 1 dan guru perlu merancang PdP yang sesuai dengan tahap murid tersebut.