PRN Melaka 2021: Tarikh Penamaan Calon 8 Nov, Mengundi 20 Nov

[TERKINI] PRN Melaka 2021

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berbincang tentang pelaksanaan pilihan raya di Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan bubar.

Susulan itu, SPR telah mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan penetapan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan pada 20 November depan.

SPR sasar 70 peratus akan keluar mengundi.

Dalam sidang media juga diumumkan bahawa tarikh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisytiharaan calon pada 8 Nov 2021.

Tarikh Penting PRN Melaka 2021

Berikut adalah perincian tarikh yang diumumkan tentang Pilihanraya Negeri Melaka 2021.

  • Penamaan calon – 8 Nov 2021
  • Undi awal – 16 Nov 2021
  • Undi – 20 Nov 2021

Jika anda ingin menyemak status dan maklumat pemilih / tempat mengundi, sila rujuk MySPR: Semakan Pendaftaran Pemilih & Tukar Tempat Mengundi

Bagi individu yang telah didaftarkan secara automatik, sila rujuk info lanjut dan semakan status mengundi anda di sini: MySPR SPPA: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik

Jika masih belum mendaftar boleh segerakan Mendaftar dengan Online
1) Di Pejabat SPR (ON)
2) Di Pejabat POS (ON)
3) Melalui On-Line (On) di https://mysprdaftar.spr.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai semakan SPR boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018

atau

mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (Rujuk senarai pejabat SPR Negeri di pautan INI)

atau

melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

Sumber: BERNAMA TV

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: