MySPR SPPA: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik
Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA)
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) seru rakyat Malaysia 18 tahun ke atas yang belum mendaftar untuk semak & sahkan maklumat sempena daftar automatik pengundi, bermula Jumaat ini (1 Oktober).
Tahukah anda apakah Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA)?
Berikut kami kongsikan info lanjut untuk makluman kita bersama, khususnya kepada warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pengundi.
Apakah MySPR SPPA?
Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) bertujuan memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan belum mendaftar sebagai pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat peribadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.
Semakan ini penting bagi membolehkan 5.8 juta bakal pemilih menyemak dan mengesahkan rekod mereka dengan SPR.
Tempoh Semakan
Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) akan diadakan mulai 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.
Dalam tempoh SPPA ini, mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.
Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.
Baca juga: Permohonan Tukar Alamat Mykad / IC / Kad Pengenalan, Prosedur, Harga
Cara Semakan MySPR SPPA
Semakan boleh dilakukan melalui 2 kaedah berikut:
1- Secara online di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my/
2- Imbas kod QR di tempat semakan SPPA seluruh negara.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berhubung semakan Pra Pendaftaran pemilih Automatik ini, sila rujuk kenyataan media penuh oleh SPR di bawah:
Jika anda telah berdaftar dengan SPR, anda boleh membuat semakan maklumat melalui Portal SPR dengan merujuk artikel berikut: MySPR: Pendaftaran, Tukar Tempat Mengundi & Semakan Pengundi Baru
Justeru, SPR menyeru kepada 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian 03-88927018 atau Pejabat Pilihan Raya Negeri di https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr dalam waktu pejabat atau membuat aduan melalui laman MySPR SPPA ini.