Tarikh Pesta Kaamatan / Hari Gawai 2022 & Cuti Ganti KPM

hari gawai 2022

Kenyataan KPM mengenai cuti peristiwa / cuti ganti sempena Pesta Kaamaatan dan Hari Gawai Dayak 2022

Dimaklumkan bahawa Pesta Kaamatan 2022 akan disambut oleh masyarakat negeri Sabah & Wilayah persekutuan labuan pada 30 dan 31 Mei 2022 (Isnin dan Selasa).

Manakala Hari Gawai Dayak pula akan disambut oleh masyarakat negeri Sarawak pada 01 dan 02 Jun 2022 (Rabu dan Khamis).

Cuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Hari Gawai / Pesta Kaamatan 2022

  • 30/5/2022 ( Isnin ) – boleh mohon cuti ganti *
  • 31/5/2022 ( Selasa )- boleh mohon cuti ganti*
  • 1/6/2022 ( Rabu ) – Cuti Umum Sarawak
  • 2/6/2022 ( Khamis )- Cuti Umum Sarawak
  • 3/6/2022 ( Jumaat )- Cuti Peristiwa Khas KPM

*Pihak sekolah perlu mohon kepada Pengarah JPNS utk cuti ganti jikalau berkeperluan
*Cadangan cuti ganti dibuat pada minggu ke-2 atau ke-4 hari Sabtu.

Rujuk kalendar di bawah untuk memudahkan anda membuat perancangan:

kalendar 2022
cuti sekolah 2022

Cuti Tanpa Rekod / Cuti Rehat Khas Untuk Guru

Sementara itu, guru-guru kelahiran negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berada di Semenanjung Malaysia dibenarkan untuk menyambut Pesta Kaamatan dan Hari gawai Dayak dengan mengambil peruntukan cuti seperti berikut:

  • Cuti Tanpa Rekod sebanyak 1 hari bagi guru kelahiran Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (Surat Jabatan Perkhidmatan Awam: JPA SARAAN (S) 43/45 Jld 6 (13) bertarikh 16 Mei 2017.
  • Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh guru-guru berkenaan dan diluluskan oleh pihak yang diberi kuasa melulus seperti yang diperuntukkan bawah Pekeliling Bilangan 8 Tahun 2017 berkaitan Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bertarikh 22 Disember 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat edaran KPM berikut:

hari gawai 2022
hari gawai 2022
blank

Muat Turun : Surat Edaran: JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.6(13) / FAQ Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan pegawai lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak bagi tujuan kemudahan ini?

Sijil Kelahiran pegawai.

Siapakah yang layak diberikan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai?

Semua pegawai Perkhidmatan Awam yang lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak.

Sekiranya pegawai diarahkan untuk bertugas pada hari Pesta Kaamatan atau Hari Gawai, adakah pegawai boleh memohon cuti gantian?

Sekiranya pegawai diarahkan untuk bertugas pada hari Pesta Kaamatan atau Hari Gawai, pegawai tidak boleh diberikan cuti gantian.
Ini adalah kerana, kemudahan ini merupakan pemberian CTR dan hari berkaitan bukan merupakan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah bertimbang rasa dan boleh mempertimbangkan salah satu
hari iaitu:
i. 30 atau 31 Mei bagi pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan
ii. 1 atau 2 Jun bagi pegawai kelahiran Sarawak.

Baca juga: