MyCRS: Permohonan Subsidi Carseat Kanak-kanak 2022
HEBAHAN SUBSIDI CARSEAT @ CRS (BAJET 2022)
Berita yang sangat baik untuk para ibu bapa!
Sejak kerajaan mewajibkan penggunaan child restraint system (crs) atau carseat, ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membeli carseat walaupun ingin sangat anak mereka selamat di dalam kereta.
Kalau anda ingat lagi, dalam Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM 30 juta dan akan tawarkan subsidi sehingga 50% atau maksimum RM300 bagi pembelian carseat kanak-kanak.
Difahamkan Kerajaan telahpun memulakan sesi taklimat MIROS kepada penjual carseat kanak-kanak sempena subsidi CRS bernilai RM30 juta yang baru dilancarkan pada Bajet 2022.
Program ini akan bermula pada Mac ini tau!
Ini bermaksud, jika ibu bapa membeli carseat bernilai RM300 ke bawah, akan mendapat subsidi 50% dan jika harga carseat melebihi RM300 maksima subsidi diterima ialah RM150.
Menarik kan?
Jom ketahui lebih lanjut tentang subsidi ini, syarat kelayakan, dan cara membuat permohonan.
Apakah Subsidi Carseat Kanak-kanak 2022?
Dalam Bajet 2022, Kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk membantu ibu bapa, khususnya dari golongan B40 untuk memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).
Keluarga yang layak akan menerima potongan 50% daripada harga asal CRS atau bantuan subsidi sebanyak RM150.
Pemberian subsidi ini adalah sebagai langkah menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan CRS.
Telah banyak kisah bayi tercampak namun ibu bapa selamat apabila kemalangan. Kerusi kereta tidak direka untuk bayi tapi orang dewasa.
Maka sebab itulah bayi dan kanak kanak perlu duduk dalam kerusi khas keselamatan (child restraint system @ CRS @ carseat.
Syarat Kelayakan Subsidi CRS
Kriteria kelayakan penerima subsidi CRS 2022 ini adalah:
- Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun ke bawah
- Warganegara yang menetap di Malaysia
- Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima oleh LHDN / ICU e-Kasih
- 1 keluarga layak menuntut 1 CRS sahaja
Kadar Subsidi
Jumlah subsidi yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah:
- 50% daripada harga asal (bagi CRS yang berharga RM300 ke bawah); atau
- Subsidu RM150 maksimum bagi CRS yang berharga RM301 dan ke atas
Cara Permohonan Subsidi Carseat 2022
Untuk membuat penebusan subsidi pembelian CRS 2022, pemohon boleh melayari laman web www.mycrs.gov.my. Laman web ini akan diaktifkan dan dibuka untuk permohonan mulai 1 Mac 2022.
Semakan Status Kelayakan Subsidi Carseat 2022
Status kelayakan penerima subsidi ini akan diumumkan pada April 2022.
Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan / kelulusan melalui laman web www.mycrs.gov.my.
Apabila dah ada nama dan layak dapat subsidi, boleh pergi ke kedai terpilih yang diluluskan MIROS.
MIROS akan luluskan kedai yang mempunyai penjual terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor atau COSA. Ini bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk pasang carseat di kereta.
Malaysia?
Program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan
program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40. Ia
merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanakkanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Tempoh permohonan baharu program subsidi akan dibuka bermula pada 1 Mac 2022
sehingga 30 September 2022.
a. Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah
b. Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada
12 tahun
c. Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12
tahun
d. Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN
e. Warganegara yang menetap di Malaysia
keselamatan kanak-kanak Keluarga Malaysia?
a. Anda perlu membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Mac
sehingga 30 September 2022.
b. Keputusan permohonan boleh disemak bermula 1 April 2022 bagi permohonan sebelum
31 Mac 2022. Seterusnya, bagi permohonan selepas 1 April 2022, keputusan permohonan
boleh disemak selepas tiga (3) hari bekerja
Jumlah subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah sebanyak potongan 50% atau
sehingga maksimum RM150 daripada harga jualan. Berikut adalah jadual program subsidi
bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Harga ini adalah harga akhir selepas di jual
oleh penjual.
Contoh 1
Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas
menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi
50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.
Contoh 2
Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400.
Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150,
maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut
Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.
Anda boleh membuat tuntutan subsidi di premis yang berdaftar seperti di dalam senarai yang
dilampirkan atau dilaman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).
Tempoh sah tuntutan subsidi adalah selama dua (2) bulan daripada tarikh permohonan anda
berjaya. Walaubagaimanapun, digalakkan membuat pembelian awal kerana subsidi ini atas
dasar siapa cepat dia dapat. Ini kerana kuota pembelian subsidi adalah terhad kepada
188,000 penerima. Oleh demikian, pemberian subsidi adalah bergantung kepada tarikh dan
masa pembelian, BUKAN pada tarikh pendaftaran.
Anda masih layak dengan membuat permohonan semula sebelum 30 September 2022 dan
perlu dituntut pada atau sebelum 31 Oktober 2022.
subsidi melalui sistem ini?
Anda boleh memohon tuntutan subsidi untuk anak yang baru dilahirkan sebelum 1 Oktober
2022 dengan mengemukakan bukti kelahiran anak yang dilahirkan dalam tahun 2022 dan
bukti yang anda juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) dengan mengemukakan emel kepada [email protected]
Maklumat Lanjut
Semoga Bermanfaat!
Saranan kami semoga ibu bapa boleh mula menabung sekurangnya RM150 bagi membolehkan membeli carseat 1 April nanti.
Semoga subsidi ini mendapat sambutan dan kerajaan menyambung lagi setelah habis RM30juta ini.