Bayaran RM500 Untuk Pesara / Bekas Polis & Petugas Polis (Mulai Mac)

pesara polis rm500

Seramai 80,000 pesara, bekas dan petugas polis bakal menerima bayaran RM500 sekali bayar (one-off) yang dibuat secara berperingkat mulai Mac hingga November 2021 ini.

Inisiatif tersebut telah diumumkan dalam ucapan Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada 26 November tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia bersetuju dengan memberi bayaran berkenaan kepada mereka yang layak mengikut statut Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) termasuk mereka yang belum menerima pingat.

Pemberian sekali bayar sebanyak RM500 itu dibuat melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.

Rujuk kenyataan media lengkap di bawah:

blank
blank

Baca juga: Jadual Bayaran i-Lestari Bulan Februari, Mac & April 2021

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Kemaskini Maklumat Pesara Polis

Beliau berkata kemas kini maklumat pesara dan bekas polis boleh dibuat melalui pautan http://epesara.rmp.gov.my/.

Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan (perlu disahkan) seperti yang disyaratkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018 seperti berikut:

  1. Pesara Polis
    • Salinan kad pengenalan awam
    • Salinan kad pesara polis / kad pesara JPA
    • Salinan akaun bank / salinan penyata bank
  2. Bekas Polis / Petugas Polis
  3. Pesara Polis
    • Salinan kad pengenalan awam
    • Salinan dokumen pengesahan perkhidmatan
    • Salinan akaun bank / salinan penyata bank

Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai akan membantu dalam memudahkan urusan kemas kini maklumat dan pengesahan dokumen bagi memudahkan pesara, bekas dan petugas polis di kontinjen dan daerah masing-masing.

Baca juga: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh menghubungi talian HOTLINE di nombor 03 – 22664011 / 4012 / 4013 / 4014 / 4015

ATAU

Terus berhubung dengan Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.

Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis
Tingkat 25, Menara 1
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur
Tel : 03 2266 8387/8573 
Faks : 03 2266 8388
email: [email protected]