Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Untuk Penerima Tunai & M40 Mulai 25 Januari
Seperti yang diumumkan oleh Tengku Zafrul menerusi Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 13 Januari 2021, semakan BPN 2.0 bagi permohonan rayuan dan permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Januari 2021.
Bagi B40 yang lulus, bayaran telahpun dibuat mulai 21 Januari.
Manakala bagi penerima M40 dan penerima tunai, anda akan menerima bayaran mulai 25 Januari (Isnin).
Tarikh & Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Untuk Penerima Tunai, B40 & M40
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, tarikh bayaran BPN 2.0 Fasa kedua akan dibuat secara berperingkat:
- Penerima kategori B40 – bermula 21 Januari 2021
- Penerima kategori M40 – bermula 25 Januari 2021
Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing pada tarikh tersebut.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Berikut adalah panduan SOP yang dikeluarkan oleh BSN.
Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.
Dokumen Yang Perlu Dibawa
Untuk menerima bayaran BPN 2.0 secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.
Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua
Untuk membuat semakan status LULUS atau maklumat tarikh pembayaran, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
- Tekan ikon Carian.
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan kod Captcha tersebut di ruang yang disediakan.
- Tekan butang Semak
- Akan dipaparkan status sama ada lulus atau gagal termasuk jumlah bayaran diterima.
Baca juga: Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB Online / eStatement (2021)
Baca juga: APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Untuk Ibu Bapa (Dari 11 Jan 2021)
Maklumat Lanjut
Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.
Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 untuk Fasa Kedua telah berakhir pada 15 November 2020 yang lalu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim (FAQ) Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0
Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.