in

APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Untuk Ibu Bapa (Dari 11 Jan 2021)

apdm kpm
Advertisements

Dimaklumkan bahawa IBUBAPA dan PENJAGA boleh mengemaskini Profil Murid dan maklumat berkaitan di sistem APDM KPM mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian (online) seperti yang dimaklumkan oleh Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemaskini maklumat boleh dibuat di pautan https://public.moe.gov.my/dengan mengikuti langkah mudah yang ditunjukkan di bawah.

Apakah APDM Untuk Ibu Bapa?

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun.

Sekiranya penjaga utama dan kedua tiada capaian internet dan komputer, ibu bapa boleh memohon kerjasama sekolah untuk membantu dalam mengemaskini maklumat tersebut.

Baca juga: Jaringan Prihatin: Bantuan RM180 Kredit Telekomunikasi Mulai Mac 2021

Panduan Kemaskini Maklumat APDM KPM Untuk Ibu Bapa (2021)

Cara daftar dan panduan kemaskini boleh dirujuk dalam langkah bergambar di bawah:

Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara online sama ada melalui handphone, komputer atau laptop.

Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my
  2. Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK
  3. Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID
  4. Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN

Setelah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.

Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.

apdm kpm

Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Profil Anak Jagaan
  • Alamat Anak Jagaan
  • Maklumat Penjaga
apdm kpm

Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.

Contoh cetakan borang boleh dirujuk dalam gambar di bawah.

Baca juga: Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

apdm kpm

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.

Anda juga boleh menghantarkan pertanyaan melalui e-mel: [email protected]

*Sumber: https://public.moe.gov.my/…/infomurid/infomurid_manual.pdf

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

permohonan beroperasi miti

CIMS MITI: Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP

tarikh semakan gkp 2.0

Keputusan GKP 2.0 Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat