Doktor Kongsi Jenis Ubat Batuk Yang Sesuai Untuk Anak, Jangan Salah Bagi!

KETAHUI JENIS UBAT BATUK YANG SESUAI UNTUK ANAK – JANGAN SALAH BAGI!

Ibu bapa mana yang tak risau kalau anak dah mula tak sihat, selesema atau batuk.

Biasanya ubat batuk boleh didapati dengan mudah di farmasi.

Ia boleh dibeli dengan mudah tanpa preskripsi doktor.

Tapi, ibu ayah kena pastikan anda tahu memilih jenis yang sesuai ya.

Ini kerana, ada pelbagai jenis ubat batuk di pasaran, dan mungkin ia tidak sesuai dengan keadaan batuk pada anak kita tu.

Perkara ini dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan melalui sebuah hantaran di Facebook.

Penting untuk ibu bapa baca perkongsian ini supaya kita tak tersalah bagi ubat batuk pada anak!

Jom ketahui lebih lanjut tentang jenis-jenis ubat batuk kanak-kanak dan cara memilih yang sesuai.

Jangan Salah Bagi Ubat Batuk Pada Anak

Jangan salah bagi ubat batuk pada anak, nanti batuk makin teruk!

Batuk dan selesema merupakan satu mekanisme pertahanan diri badan untuk membantu dalam proses pengeluaran kahak secara semula jadi.

Gejala batuk dan selesema amat sinonim dalam kalangan kanak-kanak.

Situasi ini akan menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan mereka akan cuba mendapatkan rawatan bagi mengembalikan keselesaan dan keceriaan anak-anak.

Disini saya kongsikan jenis-jenis ubat yang boleh di beli di farmasi tanpa preskripsi doktor.

Sebelum beli, sekurang-kurangkan mak ayah tahu jenis ubat mana yang sepatutnya beli.

Jangan pula batuk berkahak dibeli ubat batuk menghalang kahak keluar. Ini silap!

Semoga panduan ini dapat membantu ibu bapa tentang ubat batuk kanak-kanak di pasaran.

Jenis Ubat Batuk Kanak-kanak

JENIS BATUK

1) Batuk Berkahak

Kahak adalah lendiran pekat yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut, tekak.

Kalau kita sihat, lendiran ini ada juga, cuma ia cair. Jika ada iritasi pada mukosa, seperti bendasing, perengsa, atau jangkitan tertentu di kerongkong serta di paru-paru, maka lendiran ini boleh dihasilkan lebih banyak atau lebih pekat dan dipanggil kahak.

Kehadiran kahak ini buat tekak tidak selesa, maka tercetus refleks batuk untuk membuangnya.

2) Batuk Kering (Tak Berkahak)

Ada juga batuk yang tidak berkahak. Seringkali batuk jenis ini disebabkan oleh rasa tekak gatal atau kering. Ini biasanya tanda-tanda jangkitan tekak (laryngitis/pharingitis/tonilitis).

Adakalanya pula batuk kering disebabkan oleh salur pernafasan menjadi sempit, contohnya ketika serangan asma atau terdedah kepada habuk, jerebu dan bahan kimia dan asap merokok.

1. EXPECTORANT

Kegunaan: Digunakan untuk batuk yang berkahak(productive cough)

Cara bertindak: Ia akan mencairkan mukus nipis di kawasan salur pernafasan dan memudahkan kahak untuk dikeluarkan ketika batuk.

Contoh ubat: Rhinatiol, Bisolvon, Mucolix

2. Antitussive

Kegunaan: digunakan untuk batuk kering(tidak berkahak)

Cara bertindak: ubat ini akan mengurangkan batuk dengan menghalang reflex batuk. Seterusnya seseorang itu akan berhenti batuk kerana kurang rangsangan untuk batuk.

Contoh ubat: Dextromethorphan, Pholcodeine, Syrup Tussidex Forte

3. Mucolytic

Kegunaan: Jenis ubat batuk kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal.

Cara bertindak: Ubat kategori ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.

Contoh Ubat : Ambroxol,Acetycysteine

4. Herbal Based

Kegunaan: digunakan secara traditional untuk melegakan selsema,batuk,sakit tekak,iritasi kerongkong dan mengurangkan kahak.

Contoh ubat: prospan, cap ibu dan anak,hurix,woods

ubat batuk anak kanak-kanak

5. Anti-asthmatic (ubat lelah)

Kegunaan: Jangkitan pada salur pernafasan boleh menghasil menyebabkan salur pernafasan menyempit seperti reaksi asma, dan mencetuskan batuk.

Cara bertindak: Ubat lelah akan melegakan kesempitan salur pernafasan, mengurangkan bengkak pada mukosa, hentikan penghasilan mukosa berlebihan.

Contoh ubat: Salbutamol, Bricanyl, Salmodil

ubat batuk anak kanak-kanak

6. Decongestant (ubat selsema)

Kegunaan: sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak(post-nasal drip),melegakan selsema dan hidung tersumbat.

Cara bertindak: membantu mengurangkan pembengkakan membran mukus hidung.

Contoh ubat: Iliadin, Pseudoephedrine

ubat batuk anak kanak-kanak

7. Anti Histamine

Kegunaan: sesuai untuk mengurangkan penghasilan hingus dan batuk tak berkahak.

Cara bertindak: merencat penghasilan histamin yang menyebabkan saluran darah jadi kembang di bahagian hidung seterusnya lebih banyak mukus(hingus) dihasilkan. Dapat menembusi penghalang otak(blood brain barrier) dan merencat pusat batuk(cough centre).

Contoh: Diphenhydramine, Promethazine, Chlorpheniramine

ubat batuk anak kanak-kanak

8. Ubat Batuk Gabungan

Kombinasi dua jenis ubat batuk dalam satu botol untuk memberi kesan yang lebih bagus.

Contoh:
Sedilix DM ialah kombinasi Antitussive ( Dextromehorphan ) + Antihistamine ( Promethazine) + Decongestant(Pseudoephedrine)

Mucoprom ialah kombinasi antihistamine ( Promethazine) + expectorant ( Carbocysteine)

Cough-en ialah kombinasi Antitussive ( Dextromehorphan)+ Decongestant(Pseudoephedrine)

Peringatan Kepada Ibu Bapa

  • Mak ayah perlu elak daripada menambah atau mengubah dos yang telah ditetapkan kerana pengiraan dos adalah berdasarkan berat badan kanak-kanak tersebut.
  • Pastikan ubat disukat dengan menggunakan alat penyukat yang tepat seperti picagari. Sukatan dengan menggunakan tudung penyukat, camca atau sudu adalah kurang tepat dan mungkin boleh menyebabkan dos berlebihan.
  • Mak ayah tidak boleh berkongsi ubat batuk dan selesema kepada pesakit kanak-kanak yang lain walaupun gejala penyakit yang dihadapi adalah sama.Perkara ini adalah kerana jenis dan dos ubat-ubatan dalam rawatan batuk dan selesema adalah berbeza bergantung kepada keadaan pesakit.

Amaran Untuk Kanak-kanak Bawah 2 Tahun

Untuk kanak- kanak bawah dua tahun, senang sahaja formula ubat batuknya : TIADA UBAT BATUK UNTUK KANAK KANAK KURANG DARI 2 TAHUN.

Hasil kajian dan penyelidikan pemasaran ubat mendapati bahawa tiada bukti yang kukuh menunjukkan keberkesanan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

Apabila risiko kesan sampingan negatif diambil kira, tiada justifikasi untuk pemberian ubat-ubat ini kepada kanak-kanak.

Di Malaysia, sebagai langkah keselamatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan pihak syarikat untuk memuatkan amaran keselamatan yang jelas pada label dan sisipan bungkusan pada produk persediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin, antitusif dan dekongestan dalam rawatan batuk dan selesema.Amaran keselamatan tersebut menyatakan bahawa penggunaan ubat batuk dan selesema adalah tidak sesuai dalam kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun.

Bantu saya untuk #share info penting ini kerana masih ramai mak ayah yang belum tak tahu tentang jenis ubat batuk dan kegunaannya.

Jemput follow saya dan set #seefirst untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan.
Dr. Ahmad Samhan
-Doktor Kecemasan Anda-

Sumber: Facebook Dr Ahmad Samhan

Join Telegram Dr Samhan untuk lebih banyak info dan ilmu kesihatan : https://t.me/drsamhan

Baca juga: Jangan Main Sapu Je, Ini 6 Jenis Krim Sapu & Fungsi Untuk Kulit Gatal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: