Ibu Kongsi Tips Ajar Anak Membaca Cara Santai & ‘Fun’. Tahu-tahu Je Dah Lancar!

CARA AJAR ANAK MEMBACA DI RUMAH DENGAN SANTAI & ‘FUN’

Musim PKP ni ramai ibu ayah yang risau takut anak-anak ketinggalan dalam pelajaran.

Kalau dulu mungkin ramai yang mengharapkan guru di sekolah, tapi kali ini ibu ayah perlu bergandung bahu untuk menjayakan PdPR di rumah.

Tapi mungkin ramai daripada kita yang mungkin berpengalaman nak mengajar anak-anak. Bila ajak ulangkaji, mereka buat muka bosan, kurang minat, tak mahu fokus dan macam-macam lagi alasannya kan?

Jadi di sini kami ingin kongsikan tips dan cara ajar anak membaca oleh Puan Azila Ghani yang santai dan mudah untuk ibu ayah praktikkan di rumah sejak kecil lagi.

Ia juga boleh menjadi panduan khususnya untuk anak-anak yang nak masuk prasekolah atau Tahun 1.

Jom baca perkongsian beliau sepenuhnya.

Cara Ajar Anak Membaca Dengan Santai & Seronok Di Rumah

Saya nak kongsi cara saya ajar anak belajar membaca.

*Sebenarnya kan, sebelum ajar anak membaca ni ada persediaan tertentu yang kita kena buat. ( Macam sebelum menulis la, ada benda lain lagi yang kita kena buat. )

Tapi sekarang kita fokus untuk membaca. Takut kalau masuk bab tu sampai esok tak habis…

Sejujurnya, saya ajar anak guna kaedah fonik. Dan saya join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni.

Tapi jangan bimbang, kalau mommies nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara saya ni masih lagi boleh ikut.

Okay… Di sini saya kongsi step-by-step ya.

TIPS 1: ‘Read Aloud’

Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil.

Seawal 6 bulan pun mommies dah boleh bacakan mereka buku cerita.

“Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.”

Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca.

Ikut OT (occupational therapist) yang saya follow pun, tak perlu ajar ABC, 123 semua tu untuk anak-anak kecil bawah 2-3 tahun tu.

Fokus perkembangan lain dulu tau mommies.

cara ajar anak membaca

TIPS 2: Dengar Lagu

Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali. Untuk fonik, saya dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”.

Ibu-ibu boleh juga search macam-macam video phonic songs di Youtube, kebanyakannya mungkin berbahasa Inggeris.

Ini link video ya kalau mommies nak tengok ‘Abu Ada Ayam’ tu ;https://youtu.be/-FPD_b_Zuik

Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu ABC pun boleh.

Baca juga: Tengok Tangkai & Lubangnya, Ini Tips Pilih Tembikai Isi Manis & Kulit Nipis

TIPS 3: Bermain Dengan Huruf

Okay yang ni kami buat banyak aktiviti.

Setiap huruf tu akan ada aktiviti dia sendiri. Contoh macam A untuk ayam.

Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.

cara ajar anak membaca

Saya suka kalau aktiviti tu dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak.

Kemudian, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut, dan anak cari.

Banyak game boleh direka ikut kreativiti sendiri.

cara ajar anak membaca

Bila kita ajar sambil bermain, barulah anak tak cepat bosan kan?

Baca juga: ePrasekolah KPM: Daftar Prasekolah 2022 Online (Mulai 1 Mac 2021)

TIPS 4: Gabung Bunyi

Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh.

Part sini saya DIY muka hello kitty macam di bawah ni.

Letak huruf satu-satu. /beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”.

Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.

Kalau taknak DIY & nak cari yang lebih menarik lagi silalah mommies cari yang namanya flip-card wow.

Tips 5: Aktiviti Suku Kata

Okay kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka.

Contoh ada dekat gambar di bawah.

Saya personally suka part bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.

Contohnya:

  • Da-hi
  • Pi-pi
  • Da-gu
  • Ka-ki

Ini semua belajar dengan buku pun best.

Tapi budak-budak kan, buat aktiviti lagi diaorang seronok. Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu.

Buat jadi benda maujud. Pegang, sentuh, rasa dll.

Tips 6: Membaca Di Mana-mana

Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama.

Contohnya mommies baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan?

Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.

TIPS 7: Jangan Stres!

Last but not least, itulah dia. Jangan stress mommies. Bila kita stress anak tahu dan boleh stress sama. Fikir untuk buat aktiviti menarik minat anak.

JANGAN STRESS, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING’. MAKE IT FUN.

Selalu peluk & puji. Kalau tanya saya dulu, aktiviti yang dibuat hanya ambil masa 5-15 minit sehari.

Selebihnya bermain, bermain dan bermain.

Sedar-sedar, eh, dah lancar dah dia membaca. Semoga mommies dapat manfaat daripada sharing saya malam ini.

Terima kasih sudi baca sampai habis.

Sekian.

*Sumber asal: Azila Ghani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: