Tengok Tangkai & Lubangnya, Ini Tips Pilih Tembikai Isi Manis & Kulit Nipis

TIPS PILIH TEMBIKAI ISI MANIS & SEDAP

Mungkin tak ramai antara kita yang selalu beli tembikai sebab tak berapa reti nak pilih tembikai yang dijual dekat pasar atau pasar raya tu kan?

Takut bila bawa balik, ada yang tawar, ada yang kering, ada pula yang terlalu tebal kulitnya dan isi pula kurang sedap rasanya.

Jadi, di sini kami kongsikan beberapa tips pilih tembikai daripada Musyahadah Oo melalui Facebook.

Tips Pilih Tembikai Isi Manis, Elok & Juicy!

Semalam saya pergi Econsave beli tembikai dan nampak uncle Cina pilih-pilih tembikai.

Saya perhatikan dia pusing-pusingkan banyak buah tembikai untuk memilih, macam semua tak kena.

Saya pun bertanya “Uncle kenapa uncle pilih-pilih sikua (tembikai) semua tak kena?” (sambil campur cakap Cinalah saya).

Uncle jawab “Amoy, mari saya ajar kalau nak pilih tembikai.:

Nombor satu, cari belalai keriting (tangkai) menandakan buah pertama.

Manakala nombor kedua ni buah ke dua.

Dan yang lurus ni nombor 3 menandakan seterusnya.

tips pilih tembikai manis sedap

Kalau nak yang manis, ambil buah nombor 1, isi merah, cantik….ok.

Lagi satu, kalau nak tau kulit tu tebal dan nipis tengok biku (bontot) dia. Kalau lubang besar macam ni, kulit tebal.

Kalau lubang tu kecil tanda kulit nipis.

Baca juga: Ini Senarai Penuh Logo-logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Uncle tanya, “Ok you mau mana?…”

Sayapun jawab “Nak yg manis..uncle!!…”

Ok dia suruh saya pilih, bagi chance cari tembikai belalai keriting. Dapatlah jumpa.

Uncle pun senyum macam budak baru belajar. Saya ucap” xie xie ni uncle”… Dalam hati ada betul kah uncle nih… Dia kata dia penanam tembikai.

Hahhh…ni sebelum potong saya cerita suami untuk membuktikan betul tak tips pilih tembikai yang saya belajar dengan uncle tadi.

Eeeh betul lah…. Memang bila potong tembikai tadi tu MANIS merah…tapi kulit agak tebal sebab saya pilih lubang bawah yang agak besar.

tips pilih tembikai manis sedap juicy
tips pilih tembikai manis sedap

Anak dan suami kata memang fresh, sedap dan manis!

So saya sekadar berkongsi ilmu yang kita boleh dapat di mana-mana, jangan malu bertanya. Siap snap gambar di Econsave tu untuk bukti. Hehe

*Kredit: Musyahadah Oo

Baca juga: Google Family Link: Cara Limit Screen Time & Pantau Aktiviti Anak Di HP

Ehh, kalau tak ada ‘belalai’ macam mana nak pilih tembikai sedap dan manis?

Ada lagi beberapa tips pilih tembikai yang boleh anda guna kalau tembikai tu tak ada ‘belalai keriting’.

Jom tengok di bawah:

Ini Lagi 5 Cara Nak Dapatkan Tembikai Sedap & Manis

  1. Pilih yang ada tompok. Lagi banyak tompok-tompok gelap pada kulit tembikai menunjukkan yang buah tersebut memiliki rasa yang manis. Tompok yang berwarna gelap menandakan tembikai tersebut telah lama berada di atas tanah dan telah masak sempurna, rasanya pun manis!
  2. Tembikai yang berbentuk bulat dikatakan lebih manis berbanding tembikai yang berbentuk sedikit bujur. Yang bujur ni dikatakan lebih juicy dan sesuai untuk buat jus.
  3. Pilih buah tembikai di mana tangkainya telah kering dan kecut. Jika masih segar dan hijau itu bermakna buah dipetik belum betul-betul masak.
  4. Pilih tekstur permukaan kulitnya yang licin. Jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
  5. Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
tips pilih tembikai

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: