Selain Untuk Cantik, Rupanya Bayam Brazil Banyak Manfaat Kesihatan!

Bayam ialah tumbuhan dalam kelas sayuran.

Ia adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia.

Terdapat dua jenis bayam yang biasa kita makan tak lain tak bukan bayam hijau dan bayam merah.

Bayam memang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi, fosforus, kalium, mangan dan zink.

Tapi jika diberi pilihan saya lebih suka bayam hijau walau pun khasiat kedua-duanya lebih kurang sama.

Tapi kali ini kita nak bawa anda semua ke ‘Brazil’.

Mengenali sejenis bayam iaitu Bayam Brazil.

Pasti ada yang dah tahu malahan pernah makan sebab ia sudah pun tular di media sosial satu ketika dahulu.

Ada info penting bagi yang belum kenal spesies luar biasa bermanfaat ini.

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan.

Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae.

Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang sahaja.

Secara hidroponik pun boleh.

Dan ia boleh membesar sehingga 30 cm tinggi. Saiz daunnya pula sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.

Bayam Brazil Dari Segi Kesihatan

Fakta dari segi kesihatan sangat memeranjatkan kerana ia rupanya memang sangat baik bagi kesihatan manusia. Dengan kelebihan ianya cepat membesar, daunnya boleh dimakan secara mentah atau dimasak.

Jangan terkejut ada 50 Variasi Memasak Bayam Brazil mesti kita cuba.

Bayam Brazil Sebagai Hidangan

Daun Bayam Brazil selain tidak berlendir ia sangat rangup. Sebab itu mungkin, sayuran ini sesuai dijadikan ulaman atau sebagai opsyen bahan masakan berbentuk salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat.

Menariknya, masyarakat di Brazil sendiri memilih untuk makan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka.

Bayam Brazil Dan Kesihatan

Paling penting sumbangan ia terhadap kesihatan secara alami. Bayam Brazil dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang. Bagi yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan.

Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan masalah sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium.

Bagi wanita yang pentingkan kecantikan wajah, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Wow!

Berita baik bagi wanita hamil, pengambilan Bayam Brazil juga mampu mengekalkan kesihatan ibu mengandung. InsyaAllah.

Sumber: Wikipedia & Majalah Sains

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: