MANUAL SEMAKAN UNTUK IBUBAPA/PENJAGA DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS IBU BAPA ONLINE)
SAPS Ibu Bapa merupakan satu sistem semakan keputusan peperiksaan secara online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di portal SAPS Ibu Bapa melalui link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
SAPS ibu bapa diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dengan cepat dengan hanya melalui internet tanpa perlu ke sekolah dan berjumpa Guru Kelas anak-anak.
Baca juga: Google Family Link: Cara Limit Screen Time & Pantau Aktiviti Anak Di HP
SAPS Ibu Bapa : Cara Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online
Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan online melalui sistem SAPS ini, sila ikuti langkah berikut:

- Sila login ke alamat berikut : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
- Pilih butang SEMAKAN IBUBAPA
- Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Kemudian pilih Sekolah dan Tahun Peperiksaan yang ingin disemak.
- Contoh : 123456789101, Sekolah Menengah, 2021.
- Kemudian klik Semak Laporan.
- Pilih Jenis Keputusan Peperiksaan yang ingin diperolehi.
- Contoh : PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
- Kemudian pilih sama ada Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan 2021
- Sila buat cetakan untuk rujukan dan kegunaan anda mengikut keperluan.

Data yang direkodkan dalam sistem ini sangat penting bagi rujukan dan analisis oleh ibu bapa, guru besar, pegawai PPD, kementerian dan lain-lain pihak yang mahu meningkatkan taraf pembelajaran dan pengajaran di sekolah di Malaysia.
Sistem SAPS boleh diakses dan digunakan untuk memeriksa keputuan peperiksaan murid-murid sekolah rendah daripada Murid Tahun 1 hingga Murid Tahun 6.
Sistem ini juga boleh digunakan untuk membuat semakan keputusan tahun-tahun sebelumnya untuk membuat analisis dan mempertingkatkan usaha anak-anak di bahagian tertentu.
Baca juga: Jadual Kelas KAFA TV AlHijrah Setiap Hari, Jam 4.30 Petang
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebaran kemusykilan, sila rujuk saluran berikut untuk pertanyaan:
Talian Hotline SAPS : 012-6497579
Isnin hingga Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg (kecuali pada cuti umum)
Waktu Rehat pada 1:00 ptg – 2:00 ptg (hari jumaat rehat pada 12:00 – 2:50 petang)