Semakan Penempatan Tahun 1 & Tarikh Pendaftaran Sesi 2023/2024 KPM

SEMAKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 ONLINE BAGI SESI 2023/2024 SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 BAGI SESI 2023/2024

Untuk makluman semua ibu bapa /penjaga murid Tahun 1 sesi 2023/2024, semakan Penempatan Tahun 1 sesi 2023/2024 bagi ibu bapa/penjaga akan dibuka mulai 1 Ogos 2022.

Bersama-sama dengan ini disertakan cara-cara membuat pengesahan penempatan Tahun 1 sesi 2023 / 2024.

Surat tawaran yang telah dicetak, perlu DISIMPAN dahulu oleh ibu bapa / penjaga hingga dimaklumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftar anak-anak untuk Darjah 1 tahun 2023 / 2024, jangan lupa buat semakan keputusan penempatan sekolah online melalui portal KPM secara atas talian ya.

Tarikh Semakan Status Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023

Semakan penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 akan dibuka pada:

1 Ogos 2022

Kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari secara dalam talian. Tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.

Untuk kemaskini, sila rujuk : APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Cara Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 KPM

Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang Log masuk
  3. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  4. Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  6. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Semakan penempatan tahun 1
Semakan penempatan tahun 1
Semakan penempatan tahun 1

Baca juga: Cara Tambah Lokasi Kedai / Bisnes / Perniagaan Online Di Google Map

PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1/2023

Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:

TINDAKAN IBU BAPA

PERAKUAN PENEMPATAN

  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut

PERMOHONAN RAYUAN

  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan

TINDAKAN SEKOLAH

  1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
  2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
  3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.

Terlupa Kata Laluan

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

  1. Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
  2. Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
  3. Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Tarikh Rayuan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan rayuan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.

Tarikh rayuan dibuka pada tarikh berikut:

1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022

Baca juga: Semakan Bayaran BKM (Bantuan Keluarga Malaysia 2022)

Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024

Untuk makluman, Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 akan bermula pada 13 Mac dan 12 Mac 2022 bagi seluruh sekolah KPM di Malaysia.

Tarikh ini adalah berdasarkan Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022/2023

Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah:

takwim 2022 kpm tarikh buka sekolah 2022
takwim 2022 kpm tarikh buka sekolah 2022

Maklumat Lanjut

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI.

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *