in

DELIMa KPM: Cara Daftar ID & Login Google Classroom MOE

ADVERTISEMENT

DELIMA KPM: CARA LOGIN GOOGLE CLASSROOM MOE UNTUK MURID (PERTAMA KALI)

Walaupun PdPR telah bermula sejak Januari, mungkin ada sekolah yang baru menggunakan Google Classroom sebagai medium pembelajaran.

Ramai yang mengalami masalah untuk log masuk ke Google Classroom.

ADVERTISEMENT

Biasanya punca masalah ini adalah disebabkan anda tidak login menggunakan e-mel khas yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Rugilah kalau tak mengakses dan menggunakan DELIMa KPM ni sebab ada banyak kelebihannya.

Di sini kami kongsikan cara login Google Classroom untuk panduan ibu bapa dan murid di rumah untuk pertama kali.

Delima KPM: Cara Login Google Classroom Untuk Murid / Ibu Bapa

Berikut adalah panduan untuk log masuk melalui Portal DELIMa

  1. Sila taipkan ‘Google Classroom’ di enjin carian Google atau terus klik ke pautan berikut GC : https://classroom.google.com/
  2. Untuk memastikan anda tidak log masuk menggunakan e-mel Google sedia ada, sila klik Log Keluar
  3. Kemudian barulah kita log masuk semula. Klik Log Masuk
  4. Pilih Add Account
  5. Masukkan ID google Classroom yang diberikan oleh guru masing-masing
    • Contoh e-mel murid : m-12345s2021@moe-dl.edu.my
    • Contoh password murid = Vlembb_12345s2021.
    • (ID sekolah ialah sekolah-2021, jadi belakang password ialah s2021)
  6. Kemudian klik Next untuk meneruskan
  7. Masukkan Password yang sama tadi dan klik butang Sign In 
  8. Kini anda boleh mengakses semua tugasan mengikut subjek melalui Google Classroom. Sekiranya anda perlu masukkan Class Code, sila minta Class Code anda dengan guru anda.

Cara Log Masuk Ke Google Classroom (Panduan Bergambar)

Sila rujuk panduan bergambar di bawah:

Mula-mula, pergi ke pautan Google Classroom di https://classroom.google.com/ atau melalui enjin carian seperti bawah.

Kemudian anda akan dibawah ke paparan log masuk seperti di bawah ini.

Sila pilih Use Another Account untuk menambah akaun yang diberikan oleh pihak sekolah.

PENTING: Jangan terus log masuk menggunakan akaun Google / Gmail anda yang sedia ada ya!

Tekan simbol macam dalam kotak merah di bawah ni.

cara login google classroom

Nanti akan keluar paparan macam ni.

Masukkan e-mel dan password yang dibekalkan oleh guru masing-masing.

cara login google classroom

Selepas berjaya login, anda akan dibawa ke Paparan ini.

cara login google classroom

Kini anda bolehlah mengakses bahan pembelajaran yang dibekalkan oleh guru masing-masing.

Sekiranya anda perlu masukkan Class Code, sila minta Class Code anda dengan guru anda.

NOTA: Jika anda log masuk melalui Portal DELIMa ( http://portal.moe.edu.my ), sila log masuk menggunakan cara yang sama, cuma anda akan dibawa ke Paparan Utama Portal Delima.

Untuk mengakses Google Classroom, sila ikuti langkah ini:

  1. Klik ikon Murid
  2. Tekan ikon Aktiviti
  3. Klik ke menu Google Classroom

Mudah kan?

Jika anda memerlukan paparan skrin PdPR yang lebih besar, anda boleh pancarkan maklumat di HP ke TV melalui kaedah screen mirroring.

Rujuk cara sambungkan smartphone ke TV anda melalui artikel ini: Cara Sambung Handphone Ke TV (Screen Mirroring). Mudah & Murah Je

Semoga bermanfaat!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara buat potongan gaji tabung haji

Cara Buat Potongan Gaji Setiap Bulan Ke Tabung Haji (Direct Debit)

maulidur rasul 2021

Maulidur Rasul 2021: Tarikh Sambutan, Tema, Teks / Skrip Selawat Nabi