DELIMa KPM: Modul Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) & Tips PdPR
DELIMa KPM: Komuniti Guru Digital Learning
Dalam minggu ini saja, 19 buah sekolah di Selangor telah ditutup dan akan menjalani PdPR. Begitu juga dengan semua sekolah, tadika dan taska di Sarawak.
Di beberapa negeri lain juga, beberapa sekolah telah ditutup dan kluster sekolah semakin meningkat.
Ramai yang menjangkakan Gelombang 4 dan PdPR akan dijalankan semula.
Khas untuk para guru, di sini kami kongsikan sedikit tips berguna oleh Haslinda Hassan untuk melancarkan PdPR.
Jom ikuti perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.
Delima KPM: Komuniti Guru Digital Learning & Tips PdPR
PdPR Gelombang 4.
Banyak sekolah dah mula.
Kemungkinan tu macam ada yang kita oun akan berPdPR semula.
Baca juga : Syarat Rentas Negeri Diperketat, Hanya Dibenarkan Isnin-Khamis – PDRM
Jadi apa persediaan kita?
Tak kan nak gagal untuk kesekian kalinya?
Bab talian Internet dan peranti, kita tak sentuh dulu.
Yang tu memang orang atas dah dengar dan mereka sedang berusaha sebaiknya.
Kita fokus persediaan diri sendiri.
Komuniti Guru Digital Learning
Mungkin masih ramai yang tak tahu, dalam portal DELIMa KPM (portal.moe-dl.edu.my) ada disediakan latihan kendiri untuk guru-guru meningkatkan kompetensi diri sebagai persediaan melaksanakan PdPR.
Ada 5 modul kesemuanya, ada kuiz di akhir setiap modul, dan anda layak terima sijil sekiranya menamatkan pembelajaran.
Saya pernah beberapa kali terlibat dengan pembikinan modul. Serius, buat modul ni bukan senang.
Dan modul e-pembelajaran yang komprehensif begini, dibangunkan dengan teori-teori pendidikan berkaitan, oleh KPM dan UNICEF — wajar diberi pujian.
Yang saya suka, ia bukan sahaja membimbing guru-guru melaksanakan PdPR secara langkah demi langkah, tetapi ia juga menunjukkan kaedah merancang PdPR yang menyeronokkan dan berkesan siap dengan cara buat pentaksiran!
Tak perlu mencari di sana sini, sebenarnya KPM dah sediakan bantuan untuk guru-guru di dalam portal DELIMa ni.
Kat sini anda boleh belajar benda-benda se’simple’ Google Classroom sehinggalah kepada
- tools untuk rekod screen
- edit rakaman
- buat penilaian interaktif
- menanda tugasan secara maya
- dan buat design pun ada diajar sekali!
Anda bukan hanya akan jumpa Google Apps tau, tetapi juga tools yang mungkin tak familiar macam Screencastify, Quizizz/Kahoot, Pear Deck, Gradebook, dan Canva. Nice kan?
Ok, jomlah explore!
Details di setiap gambar.
- Login ke Portal DELIMa KPM (portal.moe-dl.moe.edu.my)
- Guna ID DELIMa anda.
- Pilih GURU
- Pilih AKTIVITI
5. Pilih Komuniti Guru Digital learning Bersama KPM
Ini muka hadapannya. Pengenalan kepada KGDL. Dibangunkan oleh KPM dengan kerjasama UNICEF.
Boleh lihat modul di sebelah kiri.
Ada Modul 1-5 (yang lain-lain tu bolehlah explore).
Nanti nak semak kelayakan sijil, klik pada Semakan Keputusan KGDL ya.
Siap ada bimbingan bagaimana nak merancang PdPR kita.
Kemudian dibincangkan lebih lanjut lagi bagaimana nak kecil-kecilkan topik.
Yelah, mengajar secara tak bersemuka ni mana dapat nak cover skop besar-besar kan.
Setiap modul tu ada sub-modul sampai berbelas.
Memang detail kerja mereka ni!
Modul ni sangat bagus, rugi kalau tak dimanfaatkan.
Ni contoh-contoh kaedah pengajaran yang pelbagai digunakan dalam menyampaikan kandungan modul ini.
Ada langkah step-by-step (yang ni kaedah paling senang kita nak follow kan?), ada juga video tutorial (senang nak tengok real cara buatnya tu) dan ada juga tugasan-tugasan diberikan ( ini mengukuhkan kefahaman).
Selain daripada belajar, sambil tu kita bolehlah guna kaedah ni untuk buat PdPR kita nanti kan?
Nak semak status pencapaian kita boleh klik pada Semakan Keputusan.
Masukkan ID DELIMa dan lepas tu boleh tengok satu-satu mana pass atau failed.
Nanti bolehlah ulang dekat part yang kurang faham tu.
Kalau layak sijil, boleh check status sijil tu kat sini je. Senang!
Guru dekat Malaysia ada setengah juta. Tapi yang dapat sijil baru 648 orang setakat yang disemak ketika ini. Biar betul?
Cepat mula belajar ye. Selamat berjaya!
Oh ya, tips macam ni pun banyak dalam modul ni. Best sangat!
P/s: Semoga tak lah PdPR.
Tapi kalau ya, pastikan kita SUDAH SEDIA
*Sumber: Facebook Haslinda Hassan : https://www.facebook.com/haslinda.hsn