Syarat Rentas Negeri Diperketat, Hanya Dibenarkan Isnin-Khamis – PDRM

Syarat Rentas Negeri Diperketat Ekoran Kenaikan Kes COVID-19

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius peningkatan kes-kes baharu COVID-19 sejak 4 hari yang lalu, di mana angka telah mula menginjak kepada lebih 2,000 kes setiap hari.

Ekoran daripada hal ini, 19 April 2021, sebuah kenyataan rasmi daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani telah menyatakan bahawa pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan berikut:

  1. pekerjaan
  2. kecemasan
  3. kematian (ahli keluarga terdekat)
  4. perubatan
  5. pendidikan
  6. pasangan jarak jauh

Dalam kenyataan tersebut juga menyebutkan bahawa sekiranya pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu hari Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan (tidak termasuk bagi urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh).

Selain itu, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis jamuan adalah dilarang sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.

Mana-mana pihak yang ingkat akan diambil tindakan tegas.

Baca juga: SOP Kenduri Kahwin & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKPP / PKPB

Sementara itu, semua Ketua Polis Daerah dan Pasukan Pemantau Kepatuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi di Bazar Ramadan dan Pasar Malam.

Jika SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan tersebut dihentikan.

Baca juga: Diskaun Saman JPJ 70% Dari 13 April Hingga 11 Jun 2021

Berikut adalah kenyataan penuh PDRM berkaitan syarat rentas negeri terkini untuk rujukan bersama:

*Sumber: KENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Cara Permohonan Permit Rentas Negeri Di Balai Polis

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

  1. Sila muat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) melalui pautan di atas atau Media Sosial Rasmi PDRM
  2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan
  3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat rentas negeri terkini dan cara membuat permohonan pergerakan, sila rujuk saluran PDRM berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: