in

SOP Kenduri Kahwin, Aqiqah & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKP / PKPB (19 Feb 2021)

sop pkp 19 feb 2021
ADVERTISEMENT

KEMASKINI 19 FEBRUARI (MKN): Setelah syarat pergerakan dalam radius 10km dibatalkan, mungkin ramai yang nak tahu sama apakah pula SOP kenduri bagi kawasan PKPP dan PKPB yang telah ditetapkan.

Negeri PKP

Dalam sidang media bertarikh 16 Februari, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang akan diteruskan hingga 4 Mac ini.

Negeri PKPB

Sementara itu, status Putrajaya dan Labuan akan bertukar daripada PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Negeri lain yang turut bertukar kepada status PKPB adalah Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Sarawak juga diumumkan pelanjutan PKPB di seluruh Sarawak bermula 15 Februari hingga 1 Mac.

Negeri PKPP

Perlis akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

ADVERTISEMENT

SOP PKP, PKPB Dan PKPP Berkuatkuasa Pada 19 Februari 2021

Kebenaran Aktiviti / SOP Kenduri, Majlis Perkahwinan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP (Mulai 19 Februari)

Berikut kami kongsikan info SOP Kenduri untuk panduan anda yang bakal menganjurkan majlis atau menghadirinya, seperti yang dinyatakan dalam sidang media DS Ismail Sabri pada 18 Februari 2021.

  • Akad nikah di kawasan PKP dibenarkan di masjid dengan kehadiran maksimum 20 tetamu tidak termasuk jurunikah dan saksi
  • Majlis rasmi, tidak rasmi kerajaan, majlis sosial kawasan PKPP dibenarkan dengan penjarakan fizikal, kawasan PKPB berkapasiti 50% premis
  • Seminar, bengkel, kursus, persidangan, ceramah, dibenar di kawasan PKPB, PKPP pada kapasiti 50% premis, kawasan PKP masih dilarang

Baca juga: PKP 2.0: Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri / Daerah Bagi Urusan Kecemasan

Baca juga: PKP 2.0: Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB PDRM (Download)

Maklumat dan SOP PKP 19 Februari yang lebih terperinci bagi kesemua negeri yang terlibat boleh dirujuk dalam senarai penuh SOP yang dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah ini.

Sila muat turun senarai SOP penuh bagi kawasan yang berkenaan :

  • Kawasan PKP
  • Kawasan PKPB
  • SOP PKPP

Untuk info terkini, sila rujuk media sosial Majlis Keselamatan Negara atau laman web MKN di https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info sahih dan terkini melalui

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pengeluaran kwsp rm10,000

Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat: Semakan Status Kelulusan Mulai 8 Mac

PKP 2.0: Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB PDRM (Download)