Lelaki Kongsi Tips, Kos, & Cara Bawa Kereta Sendiri Masuk Ke Langkawi

TIPS & CARA BAWA KERETA SENDIRI KE LANGKAWI

Dah akhir tahun dan masuk cuti sekolah ni, mesti dah ramai yang tak sabar nak pergi bercuti kan?

Antara tempat percutian yang popular tentulah Pulau Langkawi.

Mungkin ada antara kita yang biasa ke Pulau Langkawi dengan menaiki kapal terbang saja.

Bagi yang duduk dekat dengan Pulau Langkawi, mungkin anda rasa lebih berbaloi kalau bawa kereta sendiri. Lebih mudah nak bergerak ke mana-mana bila dah sampai ke Langkawi nanti.

Tapi bagaimana caranya?

Di sini kami siarkan sebuah perkongsian oleh saudara Anas Syauqi tentang cara bawa kereta sendiri untuk masuk ke Pulau Langkawi.

Semoga bermanfaat untuk anda, terutamanya yang last minute planning nak ke sana!

Cara Bawa Kereta Sendiri Ke Pulau Langkawi

Hai semua.. Saya nak kongsikan cara nak bawa kereta ke Pulau Langkawi.

Untuk ke Pulau Langkawi dengan bawa kereta sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan Langkawi Auto atau Ro Ro.

Perkhidmatan ini terdapat di Kuala Perlis.

PERKHIDMATAN BAWA KERETA SENDIRI KE LANGKAWI

Cara untuk menggunakan perkhidmatan ni ada 2 cara :

CARA 1

Yang pertama anda boleh beli tiket di kaunter tiket di Kuala Perlis. Di sini disediakan kaunter Langkawi Auto dan Ro Ro. Kalau beli tiket terus di kaunter sila bawa siap-siap salinan geran kereta dan salinan IC.

Dah selesai urusan cuma tunggu hari belayar.

Untuk perkhidmatan Ro Ro anda boleh ke www.langkawiroro.com

Selepas pembelian tiket secara online, anda perlu email/whatapps geran dan IC.

CARA 2

Cara yang kedua menggunakan perkhidmatan secara online.

Anda boleh booking tiket Langkawi Auto dengan cara online.

Bagi perkhidmatan Langkawi Auto anda boleh ke www.langkawiauto.com

KOS / HARGA BAWA KERETA SENDIRI KE LANGKAWI

Harga :

Harga bagi perkhidmatan Langkawi Auto dan roro adalah mengikut cc kereta.
Contoh <1500cc dan >1500cc <2000cc >2000cc

Nanti maklumat kena isi semasa booking. Harga juga akan berubah jika menggunakan kenderaan jenis MPV dan lain-lain.

Contoh macam kereta saya naik

  • Kereta 1400cc
  • 1 pemandu
  • 4 penumpang
  • Tiket pergi dan balik RM431.00 (termasuk penumpang).
  • Tiket bagi pemandu kenderaan adalah percuma, manakala penumpang pula harga tiket seperti biasa mcm tiket ferry penumpang ke Langkawi.

Bagi yang tidak sempat serahkan salinan geran dan ic. Anda boleh serahkan 3 hari sebelum berlepas.

Ok selesai bab tiket.

HARI BERTOLAK

Seterusnya pada hari bertolak ke Pulau Langkawi.

Anda perlu datang awal 1 jam 30 minit awal untuk urusan check in dan surat kastam.

Bila sampai di Kuala Perlis anda perlu ke kaunter Langkawi Auto atau Langkawi Ro Ro.

Serahkan tiket yang anda telah booking untuk check in dan pengesahan.

Lepas check in masuk dalam kereta dan beratur untuk masuk ke dalam kargo.

Masa ni staff mereka akan bagi surat kastam. Yang ni anda perlu simpan sehingga tiba di Pulau Langkawi.

Masa nak masuk macam biasa kita kena scan my sejahtera. Kemudian ada tambahan pihak APM akan bg barcode untuk kita isi form sebagai tujuan keselamatan penumpang.

Isi ni siap-siap sebab masa sampai Pulau Langkawi mereka akan check semula.

PERJALANAN

Bila kereta dah naik atas kargo dan parking semua anda boleh turun dan naik ke tingkat atas untuk memgambil tempat duduk. Ada di sediakan seat dan meja makan. Tapi kena cepat la sebab ramai yang nak ambik seat yg ada meja makan.

bawa kereta ke langkawi

Perjalanan membawa kereta menggunakan perkhidmatan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit hingga 2 jam.

Di sarankan bawa bekalan makanan siap2 untuk santapan anda.
Kalau anda terlupa jangan risau, ada kedai atas kargo tapi ada maggi dan air yg simple2 je la.

Masa pelayaran anda boleh keluar ambil angin luar melihat suasana laut dan pulau-pulau. Ramai je yang lepak kat luar semasa pelayaran.

Selepas hampir 2 jam perjalanan anda akan tiba di Pelabuhan Tanjung Lembong. Jauh sikit dari jetty Langkawi.. masa ni start kereta naik ke darat melalui kastam.

Masa ni dia akan check surat kastam yg kita dapat tu. Lepas tu keluar sampai gate pihak APM akan minta barcode yg kita isi sebelum belayar tadi.

Dah habis semua tunggu apa lagi. Jelajah la satu Pulau Langkawi tu.

Baca juga:

bawa kereta ke langkawi

PERJALANAN PULANG

Ok sekarang bab perjalanan pulang dari Pelabuhan Tanjung Lembung Langkawi ke Kuala Perlis.

Check in di kaunter tiket langkawi Auto atau roro yg kita beli tiket tu 1jam 30 minit awal..Nanti pihak mereka akan bg 1 borang kastam. Dapat yg ori dan salinan.

Dah habis check in semua. Beratur di gate kastam no 3. Masa ni pihak kastam akan check semua la buka bonet kereta dan sebagainya..masa ni pihak kastam akan ambik borang kastam yang original.

Masa pihak kastam check tu pandai2 la..klu beli mcm2 kena cukai tu tanggung sendiri..hehe.
Dah selesai, kita akan beratur tunggu kargo… Pas tu masuk dalam kargo macam biasa… belayarlah selama hampir 2 jam tu.

Dah sampai Kuala Perlis. Turun kargo dan pecut balik rumah..setel..

Mudah kan.. itu ja nk habaq kat hampa bg yg xpernah bawa kenderaan ke Pulau Langkawi.
Ok bye!

Mudah Kan?

Kalau nak lebih mudah faham, boleh tengok video di bawah

Sumber: Facebook Anas Syauqi via Langkawi Hari Ini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: