Kaunter JPJ Kini Dibuka Pada Hujung Minggu (9.00am – 1.00pm)
TERKINI: KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) MALAYSIA BEROPERASI PADA HUJUNG MINGGU
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa kaunter pejabat JPJ akan dibuka pada setiap hujung minggu mulai 13 Ogos 2021.
Perkara ini dikongsikan melalui sebuah kenyataan di laman rasmi Facebook.
Perkara ini tentunya akan memudahkan lebih ramai pelanggan untuk berurusan di kaunter JPJ, contohnya bagi urusan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan tukar hak milik kenderaan.
Berikut dikongsikan info tentang operasi kaunter JPJ pada setiap Jumaat & Sabtu atau Sabtu & Ahad yang perlu anda tahu.
Waktu Operasi Kaunter JPJ (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Waktu operasi : Jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Hari:
- Jumaat & Sabtu ( Bagi Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan & Johor )
- Sabtu & Ahad ( Bagi Negeri-negeri Lain)
Nota Penting
- Mod bayaran adalah tanpa tunai (CASHLESS) bagi operasi kaunter pada hujung minggu
- Walk-in tidak dibenarkan
- Semua urusan adalah secara temujanji berjadual.
- Sila buat temujanji online terlebih dahulu: https://harianpost.my/temujanji-online-jpj-pkp/