Cara Buat Temujanji JPJ Online Setiap Negeri / Kaunter Cawangan
SISTEM TEMUJANJI ONLINE JPJ
Tempahan temujanji bagi urusniaga JPJ dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) kini disediakan mengikut negeri bagi memastikan orang awam dapat berurusan dengan mudah.
Mulai 6 September 2021, semua urusan di kaunter JPJ tidak lagi perlu dilakukan secara temu janji terlebih dahulu. Walk-in adalah DIBENARKAN, dan begitu juga dengan urusan JPJ di kaunter pejabat pos dan Puspakom.
Rujuk: Dah Boleh Walk-In, Tiada Lagi Janjitemu Online JPJ Mulai 6 Sept 2021
Pelanggan yang berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan bertugas.
Anda juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
Terkini, JPJ turut mengumumkan lanjutan pengecualian memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia sehingga 31 Disember.
Jika anda masih perlu ke kaunter JPJ untuk berurusan, sila rujuk waktu operasi JPJ terkini seperti berikut:
Cara Permohonan Temujanji Online JPJ
Berikut dikongsikan info terkini tentang cara membuat temujanji online JPJ.
- Pilih pautan temujanji online yang tepat untuk diisi mengikut negeri.
- Isikan butiran diri anda.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Pilih tarikh dan masa temujanji.
- Cetak slip temujanji / screenshot untuk rujukan di kaunter.
Sistem Temujanji Online Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mengikut negeri seperti berikut:
Sistem Temujanji Online Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mengikut negeri seperti berikut:
NEGERI MELAKA & PUTRAJAYA
https://temujanji.jpj.gov.my
NEGERI PAHANG
https://sto.iactims.my/index.php?lang=bm
NEGERI SABAH
https://temujanjijpj.com/
NEGERI PERAK
https://mylink.la/jpjperak
NEGERI KELANTAN
https://www.picktime.com/temujanjijpjkelantan
NEGERI PULAU PINANG
https://jpjkapp.home.blog/
NEGERI PERLIS
https://forms.gle/jir3VysabCCmkneX7
NEGERI TERENGGANU
https://www.picktime.com/jpjterengganu
NEGERI JOHOR
- JPJ Negeri Johor: https://forms.gle/7MHCdPjb4DvA8AuEA
- JPJ Cawangan Pontian https://forms.gle/BQ4QpVXA4c3L83wd7
- JPJ Cawangan Muar https://forms.gle/B3pLp7MFJtbZ9zkW7
- JPJ Cawangan Kluang http://jpj.satuhati.my
- JPJ Cawangan Batu Pahat
- https://forms.gle/jRiC731YSfRHbDKD9
- JPJ Cawangan Mersing
- https://forms.gle/1i9mkSdq1tGgtGNU9
- JPJ Cawangan Segamat
- https://forms.gle/2AfbXfdvui5hk92N6
- UTC Pasir Gudang https://forms.gle/YyHAATztRbRWvmEW6
- UTC Galeria Kota Raya Johor Bahru https://forms.gle/3AKGwpFhJTTqkBaZ7
NEGERI KEDAH
https://temujanjijpj.club/
NEGERI SELANGOR
https://sites.google.com/view/temujanjijpjsel
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
https://docs.google.com/…/1FAIpQLSc7LVbci1Dd…/closedform
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
- JPJ UTC SENTUL https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfDSefxNjrAqWwBijhEDBV-xx9gIW-UcVghBRS06UPrmUt_DA/closedform
- JPJ WANGSA MAJU https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdJ5wqQ3r_-adM7TGQUycnKyYKabEm3VcWdyOTB7cKO12RDZQ/closedform
- JPJ UTC PUDU https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe9DZTiy42VzGyUxDoh9piFkbZI9ya3KFkeu1jwLhXGZID6Lw/viewform
- JPJ BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScJzHDzlh7qab72DSKbrdUTBGbJoFeJZ14vyfwq3wU5Xh_R8g/viewform
- JPJ UTC KERAMAT https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc14raa3XJPwAkPIbosCFZtsLmql78lqs1VQBSJ7Wf0_VoT-A/closedform
- JPJ CAWANGAN BANDAR MANJALARA https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeg16xtx5HcfgN_UnO1BCaUOY_tzBV-CoLKhst5MIa6FrZkOQ/closedform
NEGERI SEMBILAN
- TEMUJANJI JPJ SEREMBAN https://forms.gle/Yudia2qeDMD9wEve6
- TEMUJANJI JPJ UTC SEREMBAN https://forms.gle/WaB9emhUXLadWT7j9
- TEMUJANJI JPJ CAWANGAN KUALA PILAH https://forms.gle/VQmEq7avGU4LWQZ29
- TEMUJANJI JPJ CAWANGAN JEMPOL https://forms.gle/bD62q9Vb3xMzpswc7
NEGERI SARAWAK
- Ibu Pejabat (Kuching) https://forms.gle/LwHhAjS6dwZkmpi59
- Cawangan Sri Aman https://forms.gle/4oSKBHi4qku8j1p17
- Cawangan Betong https://forms.gle/jYQ1ZdkZxSYpSpCA7
- Cawangan Sarikei https://forms.gle/5KdN7N4CN6n9Bfwb9
- Cawangan Sibu https://forms.gle/qG81C9LucTM4NrDE9
- Cawangan Mukah https://forms.gle/EE4pH68dGKoacstS8
- Cawangan Bintulu https://forms.gle/u5gRXwrNNMCf4Evk9
- Cawangan Miri https://forms.gle/2nEpcEmbB9PFkKDQ9
- Cawangan Limbang https://forms.gle/zGm1nJe1XUPYQsu2A
- Cawangan Lawas https://forms.gle/FiuMrsZxn3PeJQkZ6
- Cawangan Serian https://forms.gle/zMyePMJ5xCheVN1K8
- UTC Kuching https://forms.gle/xVEhGPdrAytkrAzo7
- UTC Sibu https://forms.gle/6JNdQbXbQm6GPw7X9
- UTC Miri https://forms.gle/hd5fMpVYnasCV8Zo7
- Cawangan Kapit : 084-796 549
PERINGATAN: Temujanji yang tidak menggunakan NAMA SEBENAR dan NO K/P mengikut dokumen pengenalan diri asal akan dibatalkan dan temujanji berkenaan akan dibuka kepada pelanggan lain.
Urusan JPJ Boleh Dibuat Di Pejabat Pos Malaysia Mulai 9 Ogos 2021
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh meng hubungi nombor telefon mengikut cawangan yang ingin dihadiri seperti yang tertera dalam senarai di bawah:
Urusan Yang Ditawarkan Di Kaunter
Untuk makluman, urusan yang dibolehkan untuk berurusan di kaunter JPJ sepanjang tempoh PKP Fasa 1 adalah seperti berikut
Bagi urusan yang tidak ditawarkan di kaunter ketika PKP Fasa 1, sila rujuk cara pendaftaran dan langkah membuat urusan secara online melalui artikel berikut:
- MySikap JPJ: Panduan Daftar Pengguna Kali Pertama Tanpa Ke Kaunter
- Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan Online (MySikap JPJ)
- mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter
Terma & Syarat Temujanji Online JPJ
- Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
- Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum dan selewat-lewatnya satu(1) hari sebelum tarikh temujanji (tertakluk kepada kekosongan Slot);
- Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu urusan kaunter bagi sesetengah Cawangan JPJ (rujuk Portal JPJ bagi maklumat Operasi Pejabat );
- Pemohon hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Persekutuan atau Negeri Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat;
- Walau apapun masa yang dinyatakan dalam Slot Waktu sistem ini, ianya masih tertakluk kepada waktu urusniaga rasmi kaunter, waktu rehat kaunter, hari kelepasan am, cuti bencana, cuti peristiwa, pengisytiharan kerajaan dan apa-apa waktu yang diwartakan oleh kerajaan.
- Pemohon perlu berada di Pejabat JPJ seperti dalam Maklumat Temujanji sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temujanji. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
- Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
- Sila rujuk laman web rasmi JPJ Malaysia di www.jpj.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan;
- Pautan pengesahan dan butiran temujanji boleh dihantar melalui aplikasi WhatsApp (jika dikemukakan) kepada nombor telefon pemohon atau dicetak. Sila tunjukkan pautan atau Slip Temujanji JPJ kepada pegawai bertugas apabila diminta semasa hadir temujanji;
- Sekiranya pemohon tidak mempunyai aplikasi WhatsApp, sila cetak Slip Temujanji di akhir proses pendaftaran. Pemohon yang gagal kemukakan Slip Temujanji atau pautan pengesahan tidak dibenarkan memasuki permis;
- Sila pastikan Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji adalah sama dengan individu yang akan hadir berurusan. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji berlainan dengan individu yang hadir;
- Setiap individu hanya dibenarkan membuat maksima 3 tempahan Slot dalam satu tarikh. Untuk tidak mengganggu pelanggan lain, pihak JPJ berhak menghalang individu yang menempah melebihi 3 Slot dari membuat urusniaga bagi Slot ke-4 dan seterusnya dalam satu tarikh;
- Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem ini. JPJ berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan;
- URUSAN PEMBAYARAN SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT adalah digalakkan;
- Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;
- Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
- Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan temujanji di Jabatan Pengangkutan Jalan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKP/PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang sedang berkuatkuasa;
Maklumat Lanjut
Kemaskini dan info terkini akan dibuat menerusi Facebook Page rasmi JPJ Malaysia.
Harap maklum.