Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Dikaji Semula Akibat Covid-19
TANGKAK, 13 Dis – Satu kajian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenalpasti taraf kemiskinan baharu rakyat negara ini, yang terkesan akibat penularan COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu perlu berikutan status sosial rakyat telah berubah terutama daripada golongan B40.
Menurutnya, purata pendapatan B40 ketika ini ialah kira-kira RM2,200, namun ia dijangka berubah disebabkan COVID-19.
Ini termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan, perniagaan terjejas dan sebagainya.
Tan Sri Muhyiddin menegaskan, tidak akan berehat selagi permasalahan melibatkan COVID-19 belum selesai.
Kerajaan juga akan menguruskan ekonomi negara dengan baik, supaya tidak ada rakyat terjejas teruk akibat penularan COVID-19.
*Sumber : Berita RTM
Apakah yang dimaksudkan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)?
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) bersandarkan Laporan Survei Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIS&BA) 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia (DOSM).
Baca juga: eKasih: Daftar Program Bantuan Pembasmian Kemiskinan / Semak Status
Mulai 10 Julai 2020, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ditetapkan pada kadar RM2,208 bagi tahun 2019 berbanding RM980 sebulan pada 2016.
Berdasarkan DOSM (2019) yang dilaporkan oleh Portal Rasmi KPKT, purata nilai PGK terkini mengikut negeri adalah seperti yang berikut:
Negeri | PGK 2019 (RM) |
Malaysia (Purata) | 2,208 |
Johor | 2,505 |
Kedah | 2,254 |
Kelantan | 2,139 |
Melaka | 2,375 |
Negeri Sembilan | 2,088 |
Pahang | 2,270 |
Pulau Pinang | 1,989 |
Perak | 2,077 |
Perlis | 1,967 |
Selangor | 2,022 |
Terengganu | 2,507 |
Sabah | 2,537 |
Sarawak | 2,131 |
W.P Kuala Lumpur | 2,216 |
W.P Labuan | 2,633 |
W.P Putrajaya | 2,128 |
PGK ini digunakan sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
Pengkelasan Isi Rumah 2020
Kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20 boleh diperincikan kepada 10 kategori berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019.
Berikut adalah Pengkelasan Isi Rumah terkini berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019.
Ia menunjukkan kumpulan B40 pada tahun 2019 merangkumi kira-kira 2.91 juta isi rumah, M40 membabitkan 2.91 juta isi rumah dan kira-kira 1.46 juta isi rumah berada dalam kumpulan T20.