Cara Buka Akaun CDS Online Melalui Bursa Anywhere

Cara Buka Akaun CDS Online Melalui Bursa Anywhere

Bagi memudahkan urusan pelaburan di hujung jari, Bursa Anywhere telah memperkenalkan mobile app terbaru yang membolehkan orang ramai membuka akaun CDS secara online.

Sebelum ini, biasanya pembukaan akaun CDS melalui broker akan dicaj sebanyak RM 10. Dengan adanya aplikasi Bursa Anywhere ini, anda boleh lakukannya dengan percuma.

cara bukan akaun cds online
Kredit Foto : ringgitplus.com

Baca Juga : Kalaulah Aku Tahu Lebih Awal! Ini Antara Saham Bawah Nilai (Undervalued) Di Bursa Malaysia

Apa Itu CDS ?

Untuk makluman anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia pelaburan, CDS bermaksud Central Depository System.

Akaun ini berfungsi sebagai akaun yang menyimpan setiap pembelian saham anda.

Dalam erti kata lain, akaun CDS ini adalah seperti akaun simpanan tetapi bukanlah untuk menyimpan duit, tetapi menyimpan saham kita.

Akaun ini diuruskan oleh Bursa Malaysia.

Apa Itu Bursa Anywhere ?

Bursa Anywhere ialah mobile app yang dilancarkan oleh Bursa Malaysia. ia memudakan para pelabur untuk mendapatkan maklumat berkenaan semua akaun CDS yang dimiliki.

Pelabur berdaftar juga boleh mengemaskini maklumat akaun CDS dengan lebih mudah dan terus dengan Bursa Malaysia.

Antara kemudahan yang ditawarkan dalam aplikasi Bursa Anywhere ialah muat turun penyata akaun CDS serta semak nilai portfolia pegangan saham bagi setiap akaun CDS.

Cara Buka Akaun CDS Online Melalui Bursa Anywhere

Untuk makluman anda, proses pembukaan akaun di aplikasi Bursa Anywhere hanyalah untuk proses pembukaan akaun CDS sahaja.

Untuk buka akaun CDS, anda boleh ikuti langkah berikut :

  1. Muat turun mobile app Bursa Anywhere di Google Playstore atau Appstore .
  2. Bagi pengguna baru, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu.
  3. Dengan menggunakan aplikasi, tekan pada ikon tiga garis di bahagian kiri atas dan pilih Account Opening untuk mula buka akaun CDS.

4. Baca dan fahami Terma dan Syarat yang ditetapkan. Kemudian, klik butang Agree untuk teruskan permohonan.

5. Seterusnya, klik Yes jika alamat tidak sama seperti dalam IC atau No jika alamat adalah sama seperti dalam IC.

6. Isikan butiran maklumat selengkapnya dan tekan Next.

Cara Buka Akaun CDS Online

7. Pada akhir permohonan, anda boleh memilih preferred Authorised Depository Agent/ broker contohnya Inter-Pacific Securities Sdn Bhd.

8. Kemudian, tekan Next.

Cara Buka Akaun CDS Online

9. Broker yang kita pilih akan assign remisier atau dealer untuk follow-up permohonan kita.

10. Kelulusan bagi permohonan pembukaan akaun akan dimaklumkan dalam masa 2 hari.

Buka Akaun Trading Untuk Mulakan Jual Beli Saham

Untuk mula melabur atau trading, anda juga perlu buka satu lagi akaun iaitu Akaun Trading.

Dalam dunia pelaburan saham, kedua-dua akaun CDS dan Trading perlulah dibuka serentak dan akan diuruskan pada waktu yang sama semasa proses pembukaan akaun.

Apa Itu Akaun Trading ? (Bank Pelaburan)

Akaun ini diperlukan untuk membolehkan anda membuat transaksi pembelian dan penjualan saham. Berbanding akaun CDS, akaun ini tidak boleh dibuka secara atas talian.

 Anda perlulah berhubung dengan remisier yang dipercayai bagi membantu urusan anda membuka akaun.

Setelah anda buka kedua-dua akaun ini, barulah anda boleh mulakan aktiviti dalam jual beli saham melalui Online Trading Platform.

Apabila saham yang anda beli dijual, hasil jualan akan dumasukkan ke dalam akaun trading.

Pemindahan atau transfer boleh dibuat secara online saja melalui aplikasi Bursa Anywhere.

Jom rebut peluang untuk buka akaun CDS secara online.

Proses pembukaan akaun CDS melalui Bursa Anywhere memang cukup mudah, tidak sampai lima minit sudah siap dan boleh dibuat secara percuma !

Sumber :

Majalah Labur, Facebook Dato Dr Nazri Khan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: