SPS Prihatin Wanita: Caruman RM163 Untuk Wanita Bekerja Sendiri

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh PERKESO menerusi PEMERKASA adalah Program KerjayaGig, Penambahbaikan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0, Penambahbaikan Program Subsidi Upah 3.0 dan SPS Prihatin Wanita.

Berdasarkan jangkaan bahawa bilangan mereka yang bekerja sendiri makin meningkat, PERKESO terus memberi komitmen padu bagi memastikan golongan ini, sekurang-kurangnya mendapat perlindungan minimum.

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang SPS Prihatin Wanita PERKESO yang boleh didaftarkan mulai 1 April 2021.

Apakah SPS Prihatin Wanita?

Program SPS Prihatin Wanita (SPW) adalah sebuah insentif khusus buat usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri menerusi perlindungan Pelan 2 SKSPS.

Melalui program ini, kerajaan akan membayar 70% caruman setahun iaitu RM163 manakala usahawan dan wanita bekerja sendiri hanya membayar caruman RM69.80 setahun (30%).

Apakah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)?

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.

  • Pengangkutan Barangan dan Makanan
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Perhutanan
  • Perikanan
  • Makanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Penjaja
  • Premis Penginapan
  • Perniagaan Online
  • Teknologi Maklumat
  • Pemprosesan Data
  • Ejen
  • Perkhidmatan Profesional
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Kesenian
  • Perkhidmatan Isi Rumah
  • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Kelebihan SPS Prihatin Wanita

Skim SKSPS ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Senarai kelebihan SPS Prihatin Wanita boleh dirujuk dengan terperinci melalui jadual di bawah:

Cara Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila rujuk pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/sksps

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Bekerja Sendiri adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad PSV / Profil e-hailing / Permit / Lesen / Sijil atau Surat Pengesahan dari Persatuan atau Agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Kaedah Pembayaran Caruman

Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.

Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO.

Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/ 

Baca juga: EIS PERKESO: Cara Mohon Elaun Mencari Pekerjaan Jika Anda Diberhentikan

Pelan Caruman SPS

Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) adalah seperti jadual di bawah.

Menurut pengumuman Perdana Menteri, SPS Prihatin Wanita akan memberi perlindungan Pelan 2 SKSPS dengan caruman RM69.80 setahun. (Rujuk nombor 2)

Bil.Pendapatan BulananBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

Semakan Caruman SPS

Orang Bekerja Sendiri boleh membuat semakan dengan merujuk kepada senarai di dalam Portal Matrix berikut:

https://matrix.perkeso.gov.my/

Maklumat Lanjut

Rebutlah peluang menyertai PenjanaGig sebelum 31 Disember untuk layak perlindungan tambahan selama setahun di bawah SPSLindung manakala permohonan untuk SPW boleh dibuat mulai 1 April 2021.

Layari https://www.perkeso.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: