MYTV: Nikmati Pelbagai Saluran Percuma – Tanpa Cas Bulanan!
MYTV: Cara Daftar, Pemasangan & Saluran Yang Ada ~ Tahukah anda, MYTV adalah merupakan jaringan perkhidmatan TV digital di Malaysia yang diperkenalkan untuk menghijrahkan sistem penyiaran negara dari analog ke digital.
MYTV menawarkan platform berekuiti untuk membangunkan saluran perolehan baru kepada semua penyedia kandungan dan aplikasi. Apa yang menariknya, semua siaran adalah PERCUMA dan tidak melibatkan sebarang caj bulanan.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: MyPSV – Cara Memohon Lesen PSV Percuma Untuk B40
Cara Dapatkan MYTV
Untuk dapatkan siaran TV Digital MYTV, anda perlu dapatkan Dekoder DVB-T2 dan mempunyai televisyen. Tiada pendaftaran atau permohonan diperlukan.
Dekoder DVB-T2 dan TV digital boleh didapati melalui dua cara:
- Boleh dibeli secara online menerusi laman web Pensonic.
- Di kedai-kedai elektrik terpilih di seluruh negara.
Kelebihan
Terdapat beberapa kelebihan MYTV kepada pengguna, antaranya ialah:
- kualiti audio-visual terbaik
- lebih banyak saluran TV
- akses kepada EPG
- sarikata pelbagai bahasa
- tontonan TV dalam kualiti HD – Imej lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi
- tanpa bayaran bulanan
Cara Pemasangan
Anda boleh menikmati pelbagai saluran MYTV dengan menggunakan TV digital yang baru atau lama yang disambungkan dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF.
Untuk menyemak keserasian televisyen anda, sila rujuk spesifikasi model TV berkenaan daripada manual pengguna atau laman web jenama televisyen tersebut.
Anda juga boleh rujuk tutorial pemasangan MYTV seperti di pautan berikut:
NOTA: Sekiranya perlu, anda boleh dapatkan rundingan daripada Wakil Penjual yang sah berdekatan kawasan anda. Wakil penjual MYTV adalah terlatih dan boleh berikan maklumat dan khidmat nasihat mengenai liputan siaran dan cara pemasangannya.
Senarai Saluran MYTV Percuma
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pemasaran MYTV, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian berikut: 1300-80-6988 dan layari laman web rasmi di pautan berikut: https://mytvbroadcasting.my/
Atau, hantarkan pertanyaan/masalah anda ke e-mel berikut: [email protected]