UPTVET: Permohonan ke Institusi TVET Mulai 30 Oktober 2023

UPTVET: Permohonan ke Institusi TVET Melalui UPTVET Mulai 30 Oktober 2023 | Untuk pengetahuan anda, kini semua permohonan kemasukan ke institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara hendaklah dilakukan melalui portal Unit Pengambilan TVET (UPTVET).

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

UPTVET

UPTVET adalah sebuah portal yang dibangunkan bagi menyelaraskan permohonan kemasukan ke semua institusi TVET berdasarkan kursus TVET yang diminati peserta serta institusi TVET yang menjadi pilihan mereka.

Sistem ini diwujudkan bagi mengelakkan pertindihan permohonan berlaku dan bagi mengelakkan agar tidak berlaku ketidakpadanan dalam kursus yang dilaksanakan.

Pembangunan sistem ini diputuskan melalui mesyuarat Majlis TVET (MTVET) Bil 3/2023 yang diselia Kementerian Sumber Manusia (KSM).

UPTVET: Permohonan ke Institusi TVET Mulai 30 Oktober 2023

Selain itu, bagi meningkatkan minat dan mengekalkan peserta yang sedang mengikuti kursus TVET, KSM akan mewujudkan skim pembiayaan termasuk pemberian elaun kepada golongan terbabit. 

Bukan itu sahaja, semua institusi TVET juga akan menawarkan kursus berasaskan teknologi tinggi, termasuk tenaga boleh baharu (TBB) agar peserta yang tamat kursus menepati kehendak pasaran tenaga kerja.

Ini bagi pihak pelabur memperolehi pekerjaan mahir yang telah terlatih supaya terus dapat diserapkan ke syarikat-syarikat berkenaan.

BACA JUGA: Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Maksud, Konsep & Peranan Guru

UPTVET: Permohonan ke Institusi TVET Mulai 30 Oktober 2023

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan kemasukan ke institusi TVET 2024 boleh dibuat menerusi portal UPTVET bermula 30 Oktober 2023 sehingga 13 November 2023. 

Cara Membuat Permohonan Melalui UPTVET

Bagi pemohon yang berminat, permohonan kemasukan ke institusi TVET boleh dibuat melalui pautan berikut:  https://mohon.tvet.gov.my.

Sila rujuk gambar di bawah ini.

UPTVET: Permohonan ke Institusi TVET Mulai 30 Oktober 2023

NOTA:

Sekiranya belum mendaftar akaun, anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah terlebih dahulu untuk mendaftar dan setelah itu, log masuk dengan merujuk gambar di atas.

  1. Klik “DAFTAR” atau klik pautan berikut: https://mohon.tvet.gov.my/pendaftaran/daftar 
  2. Kemudian, isikan maklumat yang diperlukan. 
  3. Ikut arahan selanjutnya. 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: