Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Maksud, Konsep & Peranan Guru
Pendidikan adalah merupakan teras penting dalam pembangunan sesebuah negara. Tanpa pendidikan, hancurlah masa hadapan negara.
Untuk itu, mari kita dalami falsafah pendidikan kebangsaan dan juga dasar yang telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
BACA JUGA: Tema Hari Guru 2023, Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Apa itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ia merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan falsafah ini.
Menurut laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah ini menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.
BACA JUGA: Permohonan PISMP 2023: Pengambilan Calon Guru Lepasan SPM
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga perkataan:
- Falsafah: Usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item, atau pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting.
- Pendidikan: Memelihara atau mengasuh
- Kebangsaan: Sesuatu yang universal dan berkaitan dengan semangat kenegaraaan secara keseluruhannya.
Definisi “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardhawi (1980) ialah:
“Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku.” Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains. (Russel, 1946).
Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Memperkembang diri dan murid secara holistik.
- Memupuk cinta murid terhadap ilmu dan peribadi mulia
- Menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara.
- Guru perlu menunjukkan sifat pekerti yang mulia.
- Guru juga perlu berpandangan progresif dan saintifik
- Guru juga perlulah melahirkan suatu masyarakat yang progresif.
- Guru juga perlu melahirkan suatu masyarakat yang berdisiplin
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan