Ujian UKM1: Program Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat KPM 2023
Adalah dimaklumkan bahawa ujian UKM1 2023 (saringan fasa pertama) Program Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat KPM akan bermula dari 1 Februari 2023 dan berakhir pada 31 Mei 2023.
Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program– program berikut:
KOLEJ GENIUS @ Pintar Negara
- Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 9-15 tahun (tahun 3 hingga tingkatan 3) pada tahun 2021 – Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, UKM di Pusat GENIUS@Pintar Negara
- Murid berumur 11-12 tahun (tahun 5 dan 6) – Kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM
Kolej GENIUS Insan
- Murid beragama Islam berumur 8-11 tahun (tahun 2 hingga tahun 5) – Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, USIM di Kolej GENIUS Insan
- Murid beragama Islam berumur 15 tahun (tingkatan 3) – Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, USIM di Kolej GENIUS Insan
- Murid beragama Islam berumur 12 tahun (tahun 6) – Program Mukhayyam Al Abrar USIM di Kolej GENIUS Insan untuk kemasukan ke Kolej GENIUS Insan
SM Sains Pendang (Akademi Pintar Pendang)
- Murid berumur 11-12 tahun (tahun 5 dan 6) – Kemasukan ke SM Sains Pendang, Kedah (Akademi Pintar Pendang)
Kelebihan
Jika anda tertanya-tanya apakah kelebihan bagi murid yang melepasi ujian-ujian ini, antara manfaat dan keistimewaan yang akan diperolehi adalah:
- memperoleh pendidikan yang menyokong keperluan kebolehan kognitif mereka yang tinggi,
- mendapat pengalaman pendidikan yang mencabar dan berteknologi tinggi menerusi kurikulum yang rigorous (selaras dengan keperluan kebolehan/kognitif murid),
- mempunyai peluang untuk meneroka bidang yang diminati menerusi program-program pengayaan seperti Olympiad, Genome to Space; DNA Barcoding Sequencing dan Astrophysics, F1 in Schools, Robotic dan lain-lain.
- potensi dan bakat murid dapat digilap sepenuhnya sehingga ke tahap maksimum
- mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan dengan bimbingan daripada pakar bidang/profesor di universiti dan menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal atau prosiding bersama mentor.
- berpeluang mendapat pengalaman tindikan industri (industrial engagement/ immersion) dan mempunyai peluang bersaing di peringkat dunia/ antarabangsa melalui pertandingan, penyelidikan, program pertukaran murid pintar dan berbakat serta berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia dan universiti Ivy League.
Ujian Saringan UKM1 Genius Permata
Ujian saringan pertama ini boleh diambil oleh murid berumur 8 hingga 12 tahun di lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet.
Terdapat banyak soalan yang akan ditanya dalam ujian saringan pertama, namun anak-anak boleh menjawabnya pada bila-bila masa saja. Maksudnya, boleh log out dan login semula untuk habiskan menjawab semua soalan.
Diingatkan bahawa ibu bapa dan guru hanya boleh membantu murid dari segi mengisi maklumat dengan jujur dan bertanggungjawab.
Pihak sekolah juga boleh melakukan pendaftaran secara berkelompok.
Walau bagaimanapun, murid digalakkan menjawab ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit (tidak termasuk pendaftaran murid), agar dapat membiasakan diri dengan situasi Ujian UKM2 yang akan dijalankan dengan pengawasan rapi dalam tempoh 2 jam 30 minit.
Tarikh Ujian UKM1 (Fasa Pertama)
Ibu ayah dan guru-guru boleh menggalakkan anak-anak untuk menduduki ujian UKM1 ini mulai tarikh berikut:
- Tarikh mula: 1 Februari 2023
- Tarikh akhir: 31 Mei 2023
PERHATIAN: Sistem hanya akan dibuka mulai tarikh tersebut. Jika anda klik sebelum tarikh yang dinyatakan, tiada maklumat akan dipaparkan.
Link Ujian Saringan UKM1
Pengambilan ujian UKM1 boleh dicapai melalui laman sesawang berikut mulai tarikh 1 Februari 2023 hingga 31 Mei 2023:
http://ukm1.geniuspintar.ukm.my
Maklumat Lanjut
Klik SINI untuk muat turun surat siaran tentang Ujian Saringan UKM1 Fasa Pertama – Program Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat KPM.