Tindakan Disiplin Akan Dikenakan Kepada Guru Yang Tolak Vaksin Sebelum 1 November

Dalam negara sedang mencapai kadar vaksinasi 90 peratus, ada juga segenlintir orang yang masih menolak vaksin dengan alasan yang tidak munasabah. Antara yang tergolong adalah daripada kalangan guru.

Kerajaan memandang serius perkara ini dan membuat keputusan untuk mengenakan tindakan displin ke atas guru yang tidak mengambil vaksin sebelum 1 November 2021.

Keputusan ini telah ditetapkan oleh oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui pekeliling yang dikeluarkan.

Guru-guru yang masih belum mengambil vaksin lagi disarankan untuk melakukannya ‘walk in’ di mana-mana pusak vaksinasi berdekatan.

Manakala kepada guru yang tidak boleh menerima vaksin kerana mempunyai masalah kesihatan perlulah menghantar laporan kesihatan yang disahkan pegawai kesihatan di hospital kerajaan.

Keputusan ini dibuat supaya sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak terjejas akibat daripada jangkitan wabak disebabkan rata-rata murid di bawah 18 tahun belum di vaksin.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: