5 Kaedah Pendaftaran Vaksin COVID19 Di Malaysia (Online & Manual)

Pendaftaran vaksin COVID19 di Malaysia akan dibuka untuk orang ramai mulai Mac 1 2021.

Menteri Kesihatan, Dr Adham berkata, vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir bulan Februari ini, telah diberi kelulusan bersyarat oleh NPRA.

Selain Malaysia, 49 buah negara lain juga telah memberi kelulusan malah ada negara telah pun mengguna vaksin itu, katanya.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan WHO untuk kegunaan kecemasan.

5 Kaedah Pendaftaran Vaksin (Online & Manual)

Pengambilan vaksin COVID-19 adalah secara sukarela dan orang ramai perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19 telah mula dibuka kepada orang ramai pada 24 Februari 2021 melalui aplikasi MySejahtera.

Terdapat 5 kaedah pendaftaran vaksin yang boleh dipilih oleh rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan vaksin Comirnaty (keluaran Pfizer BoiNTech) secara percuma iaitu:

  1. Menerusi aplikasi MySejahtera
  2. Menerusi laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksim COVID-19-JKJAV (www.vaksincovid.gov.my.)
  3. Talian hotline ( 1800-88-828)
  4. Pendaftaran di klinik awam & swasta
  5. MOSTI akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima vaksin di kawasan pedalaman dan warga emas
Sumber infografik: BERNAMA

Cara daftar vaksin melalui aplikasi MySejahtera adalah seperti dalam rajah di bawah:

Sila rujuk: Cara Daftar Vaksin COVID19 Di MySejahtera Apps (Android & iOS)

3 Fasa Pemberian Vaksin COVID19 Di Malaysia

Mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam 3 fasa:

  • Fasa 1 – barisan hadapan (Feb-April 2021)
  • Fasa 2 – kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas (April-Ogos 2021)
  • Fasa 3 – orang awam berumur 18 tahun ke atas (Mei 2021-Feb 2022)

Baca juga: 9 Golongan Yang Tidak Sesuai Mengambil Vaksin Comirnaty (Pfizer) -KKM

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendaftaran vaksin Covid19, sila dapatkan maklumat terkini daripada MOSTI, JKJAV dan KKM.

Berikut adalah rangkuman SOALAN-SOALAN LAZIM berkaitan dengan VAKSIN COVID-19.

pendaftaran vaksin covid19

Sila KLIK PAUTAN ini untuk membaca semua maklumat yang sahih dan terkini oleh KKM tentang vaksin COVID19 di Malaysia.

https://bit.ly/3oNgkoa

Sebarang info terkini boleh didapati melalui Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) iaitu JK utama dalam perolehan dan pelaksanaan program imunisasi vaksin COVID-19.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: