20 Petua, Khasiat & Kegunaan Daun Pandan Yang Ramai Tak Tahu
Mesti ramai yang dah kenal pokok pandan kan? Bagi orang kampung dulu-dulu, setiap rumah tentu ada tanaman ni.
Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan masakan, pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.
Di sini kami kongsikan beberapa petua yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
Anda boleh cuba sebagai alternatif atau petua.
20 Petua Daun Pandan
Antaranya petua / khasiat / manfaat / kegunaan daun pandan adalah
- Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
2. Melegakan demam selesema
Tahukah anda, orang dulu-dulu juga menggunakan khasiat tumbuhan wangi ini untuk membantu melegakan demam atau selesema.
Caranya, hanya rebuskannya di dalam air untuk mendapatkan ekstraknya kemudian meminumnya.
3. Mengatasi lemah syahwat
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
4. Menurunkan bacaan gula
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.
5. Menghilangkan sakit kepala
Jika anda kerap mengalami pening kepala, cuba masukkan tumbuhan wangi ini ke dalam makanan atau minuman anda seperti di dalam air sirap, lemon atau nasi.
Ia boleh dijadikan alternatif kepada ubat yang mungkin mempunyai kesan sampingan yang negatif kepada tubuh badan anda.
Daun pandan juga sebenarnya bermanfaat untuk merawat masalah berkaitan mental iaitu stres dan anxiety.
6. Membantu mengurangkan sakit gout
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.
7. Menghilangkan bau badan
Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.
8. Menurunkan Kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
9. Mengatasi sembelit
Rebus daun pandan dan minum airnya.
10. Melembutkan daging
Akar daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging / ayam tua.
Baca juga:
- Buasir Dalaman & Luaran (Hemorrhoids): Punca, Simptom, Rawatan & Cara Kurangkan Sakit
- Pening Kepala, Rasa Pusing & Berputar. Ramai Tak Sedar Ia Tanda ‘Vertigo’
11. Buka selera makan
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
12. Nasi wangi & tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
13. Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
14 . Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
15. Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
16. Penghalau lipas semulajadi
Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
17. Merawat susah tidur
Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal… Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.
18. Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
19. Buang Angin Dalam Badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam
20. Bagus Untuk Ibu Bersalin
Tumbuhan wangi ini mengandungi sejenis kandungan kimia yang boleh berfungsi untuk melegakan kesakitan. Selain itu, ia juga boleh melegakan sakit perut yang boleh jadi punca infeksi atau inflamasi.
Kalau ikut petua orang dulu-dulu, daun atau akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Sumner info : Petua Orang Kampung, Hello Doktor