DASS: Borang Ujian Saringan Kesihatan Mental KKM (Online & PDF)

Dalam pandemik ini, mungkin ramai antara kita yang mengalami stres melampau hingga menyebabkan kemurungan. Tahukah anda bahawa anda boleh mengukur tahap stres dan kemurungan ini melalui Ujian DASS.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Ujian Saringan Minda Sihat atau Ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales) yang mungkin penting untuk anda tahu.

Apakah itu Ujian DASS?

Depression Anxiety Stress Scale atau Ujian DASS ialah ujian saringan bertulis untuk mengenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stress seseorang.

Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada anda stress, bimbang, atau kemurungan.

Ia merupakan panduan untuk mengenalpasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.

Perlu diingat bahawa DASS bukanlah diagnosis, namun dokumen ini boleh digunakan untuk merujuk masalah yang dihadapi oleh individu tersebut kepada klinik kesihatan / pakar.

Kini, sesetengah calon juga perlu menjalani Ujian DASS untuk permohonan pekerjaan bagi sektor kerajaan.

Baca juga: NADMA: Bantuan Khas Covid-19 RM100 Masih Dibuka

Cara Mengambil Ujian Saringan Minda Sihat (DASS)

Anda perlu menandakan pada skala yang disediakan keadaan anda dua (2) minggu yang lalu.

  1. Ujian saringan ini mengandungi 21 soalan.
  2. Jawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan, iaitu Tidak Pernah, Jarang, Kerap, dan Sangat Kerap.
  4. Jawab soalan dengan memilih SATU jawapan mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan situasi diri anda.
  5. Tiada jawapan betul atau salah.

i) Ujian Saringan Minda Sihat (Online)

Sila klik pada Link berikut untuk memulakan Ujian Kemurungan ini secara Online.

DASS (Depression Anxiety Stress Scales) TEST – ORANG AWAM

ujian dass saringan kesihatan mental

* Diadaptasi oleh Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya / Adapted by Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Anda juga boleh menggunakan link di bawah ini untuk menjawab secara online:

Keputusan Ujian Saringan Kesihatan Mental online ini akan dikeluarkan sejurus sahaja anda selesai menjawab semua soalan yang diberikan.

ii) Ujian Saringan Minda Sihat (Manual)

Selain menjawab secara online, ands boleh merujuk kepada link berikut untuk mencetak Ujian Saringan Kesihatan Minda Sihat ini dan menjawabnya secara manual.

Muat turun Borang Ujian DASS versi PDF di sini:

Untuk makluman, ujian ini juga dikenali sebagai Ujian Saringan Minda Sihat.

Berikut adalah langkah melakukan Ujian Saringan Kesihatan Mental secara online oleh Public Health Malaysia.

ujian dass
Kredit Infografik: Public Health Malaysia

Keputusan Ujian DASS

Keputusan ujian ini akan dihantar melalui e-mel atau diberikan terus selepas anda selesai menjawab semua soalan.

PERINGATAN: DASS MERUPAKAN BUKAN DIAGNOSIS

Ujian ini adalah untuk saringan kesihatan minda dan individu perlu menghubungi pakar perubatan atau kaunselor sekiranya didapati keputusan ujian mendapati mereka mempunyai skor kesihatan minda yang tidak sihat.

Sila cetak keputusan atau screen shot keputusan ujian saringan ini sebagai rujukan.

Baca juga: eMaklum JANM: Semakan Elaun & Notifikasi Bayaran Dari Kerajaan

Dapatkan Sokongan Moral & Emosi

Ingat, depresi BUKAN gila dan anda berhak mendapatkan pertolongan dan rawatan.

Sertai Support Group Depression Survivors (Malaysia) untuk sokongan moral dan emosi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ujian Saringan Kesihatan Mental ini, sila rujuk Public Health Malaysia atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: