5 Bahaya Letak Car Seat Anak Di Tempat Duduk Hadapan

5 Bahaya Letak Car Seat Anak Di Tempat Duduk Hadapan

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita bayi yang ditimpa kecederaan teruk selepas kenderaan yang dipandu ibu berlanggar dan mengakibatkan letusan airbag di tempat duduk hadapan.

Bayi yang berada di car seat hadapan dilaporkan mengalami kecederaan serius akibat impak daripada airbag.

Walaupun airbag berfungsi untuk melindungi dewasa daripada kemalangan jalan raya, namun ia boleh memudaratkan bayi akibat tekanan yang kuat. Fizikal bayi pula terlalu kecil untuk menampung tekanan yang terlalu kuat.  

bahaya letak car seat hadapan
Kredit Foto : Public Health Malaysia

Tindakan ibu bapa yang meletakkan bayi di car seat adalah usaha yang baik. Namun, ia perlulah diletakkan di tempat yang betul agar keselamatan bayi terjamin.

Ini juga bagi mengelakkan risiko bahaya yang boleh berlaku apabila car seat bayi diletakkan di tempat duduk hadapan.

5 Bahaya Letak Car Seat Anak Di Tempat Duduk Hadapan

1. Bercanggah Dengan Cara Pemasangan Car Seat Dengan Betul

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa dalam memasang car seat ialah tidak membaca manual pemasangan car seat serta manual kereta sendiri.

 Ini boleh menyebabkan ibu bapa cenderung untuk memasang car seat mengikut kemahiran yang terbatas dan tidak menjamin keselamatan bayi.

Oleh itu, semaklah manual bagi memastikan keselamatan anak anda terjamin ketika anda sedang memandu.

bahaya letak car seat hadapan
Kredit Foto : mylegalneeds.com

2. Kelajuan Airbag Yang Boleh Mencederakan Bayi

Airbag direka secara amnya untuk melindungi penumpang dan pemandu dewasa. Apabila kereta mengalami hentakan kuat, airbag akan meletus dengan kelajuan 0.05 milisaat.

Kelajuan ini boleh disamakan dengan 321 km/j.

Kelajuan yang begitu pantas ini sudah tentu boleh memberikan tekanan yang hebat kepada anak kecil anda.

Anda boleh rujuk video di bawah untuk simulasi kesan airbag pada car seat bayi.

3. Bayi Berisiko Untuk Alami Kecederaan Kepala

Bayi yang diletakkan di car seat tempat duduk hadapan juga lebih berisiko untuk alami keceraan serius di kepala.

Ini adalah disebabkan oleh impak airbag serta kemampuannya untuk menolak bayi keluar daripada tempat duduk sehingga bayi boleh terhantuk di siling kereta.

4. Bayi Berisiko Untuk Alami Tekanan Kuat Daripada Kemalangan

Car seat bayi tidak sepatutnya diletakkan di kerusi penumpang hadapan tidak kiralah dengan cara menghadap ke hadapan atau ke belakang.

Kedua-duanya boleh mengundang risiko akibat kedudukan airbag yang berada di dashboard kereta.

Airbag yang meletus boleh mencederakan atau mengancam nyawa bayi tidak kiralah posisi apa pun car seat bayi diletakkan.

Cara yang terbaik ialah dengan meletakkan car seat bayi di tempat duduk penumpang belakang dan menghadap belakang.

Walaupun kereta anda ada airbag yang boleh off atau tiada airbag, posisi hadapan ialah yang paling tinggi risiko mendapat impak paling teruk sekiranya berlaku kemalangan.

5. Fokus Pemandu Terganggu

Apabila anak anda berada di sebelah ketika memandu, ia pasti akan mengganggu fokus kita ketika di atas jalan raya.

Ini juga dapat mendedahkan risiko ibu atau bapa serta bayi kepada kemalangan jalan raya. Oleh itu, pastikan bayi selesa dan letakkan bayi di kerusi belakang agar pemanduan anda lebih lancar.

Mungkin ibu bapa yang sudah biasa meletakkan bayi di hadapan tidak merasakan kepentingan pemasangan car seat di belakang.

Namun, malang tidak berbau dan boleh menimpa bila-bila masa. Oleh itu, pastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan.

Dapatkan bantuan daripada orang yang lebih berpengalaman jika kurang mahir dalam memasang car seat dengan betul.

Semoga dengan usaha yang dilakukan dapat melindungi anda dan anak daripada kemalangan yang tidak diingini.

Sumber :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: