Ibu Kongsi Cara Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding – Berkesan!
CARA HILANGKAN KESAN CONTENG PADA DINDING
Menjelang Hari Raya nanti, tentu ramai dah buat persiapan menghias dan mengemas rumah kan?
Sebenarnya tak susah pun nak hilangkan kesan conteng ni. Boleh guna bahan-bahan mudah dan murah je yang biasanya ada di rumah.
Jom tengok cara yang dikongsikan oleh Nor Fathiah ini.
Cara Hilangkan Kesan Conteng Di Dinding
Assalamualaikum, salam sejahtera
Rasa rugi kalau tak share
Barang baik dari kedai eco
Iaitu kain ni.. Ala ala kain kayangan tapi dengan harga RM2.10 saja.
Nama kain ini ialah MICROFIBRE.
Dulu anak kecik ,depa ni suka sangat berimaginasi di dinding.Walhal ummi ni dah bagi kertas, whiteboard untuk melukis.Tapi imaginasi budak luas.
Lama kelamaan habit menconteng tu semakin hilang bila mana dia tahu yang nak melukis, menulis hanya di kertas je.
Sebagai mak, aduhai sakit mata tengok. Tapi puas tonyoh, tak hilang…time tu xde kain eco ni lagi.
Abi dia cakap, cat je la…
Selalu beli kain ni, guna untuk sental dapur dan singki.berkilat..jadi why not x try mendobi di dinding.
Sekali guna rasa tak percaya. memang hilang..clean.
Whiteboard, crayon, colour pensel, colour..pen..semua HILANG!!
CARA-CARA
Cara nak guna… BASAHKAN KAIN DENGAN AIR dan kemudian cuci je..
KALAU TAK HILANG boleh tambah sedikit bahan dalam bancuhan air.
Bahan-bahannya:
- Cuka
- Garam
- Pencuci kain
- Air
*Sukatan..saya main hentam je.
Campur semua bahan ni masuk dalam botol spray. Kemudian spray direct ke dinding.
Lap guna kain tu…settle!
HASIL SEBELUM DAN SELEPAS
Selamat mencuba
Terima kasih membaca…panjang Ummi Fateh menulis.
Credit to :TATIM HAPPYKUAH yang sudi kongsikan additional method.
Tips Tambahan
Anda juga boleh menggunakan beberapa bahan lain untuk membantu hilangkan kesan conteng pada dinding seperti:
- Ubat gigi
- Baking Soda
- Selain guna kain microfiber atau kain pengelap, anda boleh gunakan berus gigi lama untuk memberus di dinding yang mempunyai kesan contengan
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Berkesan Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Guna 3 Bahan Ni Je!