in

Cara Berkesan Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Guna 3 Bahan Ni Je!

ADVERTISEMENT

CARA HALAU CICAK & TIPS ATASI MASALAH TAHI CICAK

Euww! Stres dan geli sangat bila tengok tahi cicak bertaburan terutamanya kat tepi tingkap, sliding door, pintu dan dekat lantai.

Saya memang sejenis yang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, nak tak nak kena juga cuci tahi cicak.

Biasalah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung.

Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai.

So, kita ikhtiar buat spray penghalau cicak.

Bahan-bahan

  • 1/3 Cuka makan
  • 1/3 Air
  • 1/3 Cecair pencuci pinggan

Campurkan semua bahan ni. Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak.

Boleh juga spray untuk halau semut atau lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka.

Insha Allah berkesan.

Baca juga : Masakan Terlebih Garam? Ini Tips Repair Rasa Masin Guna Tudung Periuk

6 Lagi Tips / Petua & Cara Halau Cicak

Selain cara di atas ni, boleh juga cuba beberapa lagi cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita, seperti yang disenaraikan di bawah ni:

  1. Hapuskan Masalah Semut & Nyamuk
    • Kenapa kena hilangkan semut & nyamuk? Kedua-dua ni adalah makanan cicak. Jadi, gunakan racun semut (yang jual sepaket RM1 tu sangat berkesan). Bila bekalan makanan dia tak ada kat rumah kita automatik cicak akan berkurang.
  2. Guna Kulit Telur
    • Letak beberapa kulit telur dekat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Boleh hancurkan dan tabur sekeliling tingkap. Cicak tak suka dengan bau kulit telur ni.
  3. Guna Bulu Burung
    • Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.
  4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila ada sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat yang menjadi makanan cicak.
  5. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/ kabinet berisi makanan tak digalakkan.
  6. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco.

Semoga cara halau cicak ni boleh atasi masalah tahi cicak yang buat kita sakit mata tu.

Boleh share jika bermanfaat!

*Kredit : Roslina Hashim / Hani Mynis

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Masakan Terlebih Garam? Ini Tips Repair Rasa Masin Guna Tudung Periuk

Viral Tentang Bahaya Non-Stick Pan, Ahli Kimia Ini Jelaskan Fakta Sebenar