STR Fasa 1 2024: Permohonan, Kadar & Tarikh Bayaran
STR Fasa 1 2024: Permohonan, Kadar & Tarikh Bayaran
Sumbangan Tunai Rahmah diteruskan lagi untuk tahun 2024. Permohonan STR 2024 telah dibuka bermula sejak 1 November 2023. Bagi sesiapa yang belum memohon atau mengemaskini permohonan anda, sila rujuk di sini: https://harianpost.my/sumbangan-tunai-rahmah-2024/
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – STR 2024
Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 billion ringgit untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Ini bermakna kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori yang berkelayakan juga bakal bertambah.
Tambahan lagi, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Kadar Bayaran STR 2024
Berikut adalah kadar bayaran STR 2024 mengikut kategori pendapatan isi rumah:
A. Pendapatan kurang daripada RM2500 sebulan;
- RM 2500: 5 anak atau lebih
- RM 2000: 3 – 5 anak
- RM 1500: 1- 2 anak
- RM 1000: Tiada anak
B. Pendapatan isi rumah RM 2501 – RM 5000;
- RM 1250: 5 anak atau lebih
- RM 1000: 3 – 4 anak
- RM 750: 1- 2 anak
- RM 500: Tiada anak
C. Warga emas bujang
- RM 600
D. Bujang (pendapatan kurang daripada RM 2500)
- RM 350
Kadar Bayaran STR Fasa 1 2024
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima Sumbangan Tunai Rahmah adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Berikut ialah amaun bayaran mengikut fasa untuk permohonan STR 2024 fasa 1:
A. Pendapatan kurang daripada RM2500 sebulan;
- RM 500: 5 anak atau lebih
- RM 500: 3 – 4 anak
- RM 500: 1- 2 anak
- RM 500: Tiada anak
B. Pendapatan isi rumah RM 2501 – RM 5000;
- RM 300: 5 anak atau lebih
- RM 250: 3 – 4 anak
- RM 150: 1- 2 anak
- RM 100: Tiada anak
C. Warga emas tiada pasangan (pendapatan kurang RM5000) – berumur lebih 60 tahun
- RM150
D. Bujang (pendapatan kurang daripada RM 2500) – berumur 21-59 tahun/OKU 19-59 tahun
- RM 100
Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bayaran STR akan diberikan secara 4 fasa mengikut tarikh yang telah ditetapkan di bawah:
- Fasa 1: Februari 2024 (dijangka disalurkan sebelum ramadan)
- Fasa 2: April 2024
- Fasa 3: Ogos 2024
- Fasa 4: November 2024
Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (Sara) – Bantuan Tambahan
Bagi individu yang kayak menerima Bantuan Tambahan STR, Sara, berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima:
- Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM: RM1200 (RM100 sebulan)
- Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM: RM300
- Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM: RM150
Maklumat Lanjut
Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/