Darurat Diperkenan Sehingga 1 Ogos 2021 – YDP Agong
DARURAT 2021: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.
Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Perkara ini diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui siaran media oleh Istana Negara 12 Januari 2021.
Dalam kenyataan tersebut, Baginda juga memperkenankan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan
Jawatankuasa Bebas akan mengesyorkan kepada Baginda sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.
Baginda juga menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal hadapi pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama.
Baca juga: Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0 – KPM
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh dalam lampiran rasmi dari Istana Negara di bawah.
*Sumber: http://www.istananegara.gov.my/, Facebook Rasmi Istana Negara