in

Pelajar Jadi Cacat Kekal Akibat Didenda Ketuk Ketampi 300 Kali

ADVERTISEMENT

Akibat daripada didenda ketuk ketampi ataupun squats, pelajar perempuan berusia 14 tahun ini mengalami cacat kekal.

Menurut laporan The Sun UK, kes tersebut berlaku di sebuah sekolah vokasional di Sichuan, China.

ADVERTISEMENT

Dilaporkan hukuman tersebut diberikan oleh ketua pelajar di situ kerana mangsa dituduh membawa snek ke dalam dorm.

Pada mulanya, ketua pelajar di situ mendakwa terdapat snek di katil mangsa dan arahkannya untuk melakukan ketuk ketampi sebanyak 300 kali.

Mangsa bagaimanapun menafikan snek itu miliknya dan menolak untuk melakukan hukuman yang diberikan kerana pernah mengalami kecederaan kaki pada April 2020.

Ketua pelajar bagaimanapun kekal dengan keputusannya dan tetap mengarahkan pelajar itu untuk melakukan ketuk ketampi. Hukuman tersebut disaksikan oleh seorang guru tanpa menghentikannya.

Mangsa kemudian terus jatuh sebaik sahaja mangsa capai 150 kali ketuk ketampi. Hasil pemeriksaan, mangsa mengalami kecederaan di kaki yang teruk.

Mangsa disahkan perlu menjalani pembedahan di kaki dan turut dimaklumkan doktor akan mengalami cacat kekal dan perlu menggunakan tongkat untuk berjalan sepanjang hidupnya.

Akibat daripada kes ini, guru terbabit telahpun dipecat dan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sebagai pampasan, pihak sekolah telah menawarkan sebanyak RMB 109,774 atau RM71,236 kepada keluarga mangsa. Tawaran duit ini bagaimanapun ditolak keluarga mangsa dan mahukan keadilan.

Sumber: The Sun UK

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkejut Sudah Berbelanja Sebanyak RM35,902. Lelaki Ini Tunjuk Cara Semak Jumlah Wang Dibelanjakan Di Shopee

kebenaran rentas negeri terkini

0.9% Lagi Boleh Rentas Negeri, Berkuatkuasa Seluruh Negara