in

Sekolah Akan Ditutup 2 Hari Jika Ada Kes Positif COVID19

sekolah ditutup 2 hari
ADVERTISEMENT

PETALING JAYA – Akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa Timbalan Menteri Pendidikan, Mah Hang Soon, memaklumkan sekolah yang disahkan mempunyai satu kes Covid-19 akan ditutup sekurang-kurangnya 2 hari.

Menurut laporan oleh Free Malaysia Today, YB Dr Mah Han Soon berkata, keputusan penutupan selama dua hari itu bertujuan mengelakkan berlakunya penularan kluster Covid-19 di sekolah, selain membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh.

ADVERTISEMENT

“Keputusan yang berkuat kuasa bermula Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif Covid-19.

“Ini akan membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh sementara ibu bapa, pelajar dan guru dapat meluangkan masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan kebimbangan atau ketakutan yang tidak wajar,” katanya pada dipetik daripada Sin Chew Daily.

Mulai Isnin, sebanyak 19 sekolah di daerah Petaling ditutup, manakala semua sekolah, tadika dan taska di dalam Zon Merah Sarawak juga telah diarahkan tutup.

Sementara itu, dua sekolah adalah antara 11 kluster baharu dicatatkan pada Rabu, 21 April semalam.

sekolah ditutup 2 hari

Baca juga: COVID-19: Sebanyak 19 Sekolah Di Selangor Diarah Tutup

Sehubungan itu, pelajar yang terjejas ekoran penutupan tersebut akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal disambung semula.

Tambahnya, pegawai kesihatan daerah akan melakukan tinjauan risiko di sekolah yang terjejas bagi menentukan sama ada penutupan itu harus diperpanjang atau ditamatkan setelah dua hari.

Keputusan ini berikutan peningkatan kes Covid-19 yang melibatkan institusi pendidikan termasuk sekolah.

*Sumber: Free Malaysia Today

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Royal Sporting House Tawarkan Diskaun Sehingga 65% Untuk Produk Terpilih Di Lazada

air nabeez khasiat rendaman kurma

5 Khasiat Air Rendaman Kurma (Air Nabeez) Yang Ramai Tak Tahu