Dijaga Sejak Kecil. Kanak-kanak Meraung Ketika Pulang Ke Pangkuan Keluarga Kandung Undang Sebak!

Ibu mana yang tidak sayang akan anak. Meski pun bukan anak kandung tetapi sudah menjaganya selama 2 tahun. Kini harus di pulangkan semula ke keluarga kandung.

Menerusi kisah sedih yang dikongsikan oleh seorang wanita yang di gelar “Ara_chantik” di tik toknya. Ara terpaksa berpisah dengan anak asuhannya yang selama ini dijaga selama 2 tahun lamanya.

Berdasarkan video tersebut seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun menangis meraung-raung saat berpisah dengan si penjaganya, Ara.

Kanak-kanak itu dilihat menghulurkan tangan seperti tidak mahu berpisah namun telah dipujuk oleh ibu kandungnya di dalam kereta agar lebih tenang untuk berpisah dengan penjaganya iaitu Ara.

‘Adik’ panggilan nama mesra yang diberikan oleh keluarga Ara harus di pulangkan semula kepada keluarga kandungnya. Meskipun berat untuk melepaskan anak yang dijaga selama 2 tahun itu namun dia perlu redha dan terima dengan hati yang terbuka.

“Saya jaga anak adik dari kecil. Ini mak ayah dia ambil. Rindu adik walaupun bukan adik kandung tapi sayang tak terhingga 2 tahun bersama. Sabar ye, nanti adik balik.

Perkongsian Ara itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang juga turut sebak dengan perpisahan itu, antaranya adalah:

“Ya Allah…sebak dada rasanya dgr adik tu menangis, x sdar air mata aku keluar”

“Dia dah sayang awak macam mak sendiri tu. Takpe dia kecik lagi bukan faham yang dia tahu awak ibu dia. sebak saya.”

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: