“Kami Tak Tidur”, Gadis Kongsi Kronologi Kes Keracunan Gas Dalam Kereta Bersama Rakan

Mungkin ramai yang masih ingat pada insiden keracunan gas karbon monoksida yang menimpa 4 orang gadis ketika dalam perjalanan pulang dari bercuti yang berlaku 2 tahun lalu.

Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam tragedi keracunan gas karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd. Safwan, menceritakan kembali kronologi yang diingatinya berlaku ketika insiden berkenaan melalui sebuah video pendek di Tiktok.

Kes yang berlaku pada September 2020 itu mendapat perhatian ramai susulan pemergian tragis tiga penuntut kolej dalam sekelip mata, dan hanya seorang berada dalam keadaan koma dan terselamat.

keracunan gas

Keempat-empat mereka difahamkan singgah ke stesen minyak di PLUS Samagagah, Pulau Pinang itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan di stesen minyak berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikannya di Tiktok itu, Nor Aqilah menjelaskan bahawa mereka berempat tidak tidur di dalam kereta, seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.

keracunan gas

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Tingkatkan Sales GrabFood Dari RM500 Ke RM20K Dalam 4 Bulan

“First of all, kami tidak tidur. Just stop kejap beli makanan, masuk dalam kereta terus tidak ingat apa dah.

“Kami cuma stop kejap sebab nak beli makanan je. Tak ada cakap letih nak tidur, “ jelasnya dalam video tersebut.

“Lepas masuk kereta, ada borak sekejap lepas itu tak ingat.

“Bangun buka mata sahaja sudah ada di hospital,” jelas Nor Aqilah.

“First thing yang keluar dari mulut saya “kakak di mana?,” katanya mengakui tidak mengingati apa yang terjadi semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU.

Sehinggalah dipindahkan ke wad biasa, baharulah bapanya memaklumkan berita duka bahawa kakak kembar dan dua rakan yang lain sudah tiada.

“Siapalah mampu menolak takdir, hanya mampu reda meneruskan hidup. Al-Fatihah buat sahabat syurga saya,” titipnya.

https://www.tiktok.com/@qillmyname/video/7062342999304342810?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7041501840961373697

Laporan polis sebelum ini telah mengesahkan bahawa laporan bedah siasat yang diterima pihaknya mendapati pelbagai organ ketiga-tiga mangsa gagal berfungsi akibat keracunan karbon monoksida.

Bapa Ayuni Shazwanie Shabri, 21, dikatakan keluar mencari anaknya itu selepas bimbang mangsa masih tidak sampai di rumah pada 11 malam selepas menghantar mesej kepada ibunya pada 9.15 malam.

Pemeriksaan juruteknik juga mendapati kenderaan dinaiki empat sahabat berkenaan mengalami kebocoron di bahagian ekzos kereta dan mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

2 rakannya, Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia di dalam MPV jenis Honda Odyssey itu manakala Ayunie Shazwanie maut ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Manakala kembarnya, Nor Adilah pula meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Perkongsian Nor Aqilah ini mendapat perhatian ramai, dan kini video yang dimuatnaik telah mencecah lebih 429,000 views dan dihujani dengan komen simpati serta kata-kata semangat buat gadis tersebut.

Sumber: TikTok qillmyname

Baca juga: Panik! Ibu Kongsi Detik Cemas & Bahaya Sapu Minyak Angin Pada Bayi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: