in

Pengasuh Simpan Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk Dihukum Penjara 6 Tahun

pengasuh adam rayqal
ADVERTISEMENT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun, terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud memaklumkan pendakwaan menarik balik rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Noor Aqilah Abd Rahman, 36.

Peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, yang mewakili Noor Aqilah, turut memaklumkan panel itu, anak guamnya berhasrat menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar: BERITA HARIAN

Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan rayuan kedua-dua pihak. Noor Aqilah diperintah menjalani hukuman penjara itu mulai 14 Februari 2019.

Pada tarikh sama, Mahkamah Sesyen Selayang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda RM5,000 terhadap Noor Aqilah yang mengaku mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan bayi malang itu mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Wanita itu turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda, selain dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM8,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan.

Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM5,000 ke atas Noor Aqilah yang mengaku bersalah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman.

Baca juga: Awas, 1620kg Celery Diimport Dari China Dikesan Mengandungi Racun Perosak – KKM

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di rumah sewanya di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di sini di antara 6.20 petang dan 6.50 petang pada 3 Julai 2018.

Pada 8 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan menaikkan hukuman penjara kepada enam tahun, bagi kesalahan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, manakala hukuman penjara bagi pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan perintah lain yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang dikekalkan.

Bagaimanapun, mahkamah itu memerintahkan Noor Aqilah menjalani hukuman penjara secara serentak, iaitu enam tahun sahaja.

Mohd Redzuan, ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, berkata anak guamnya sudah membayar denda RM10,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam. – BERNAMA

Imbasan Kronologi Kes Kematian Adam Rayqal

Sumber: Sinar Harian

Adam Rayqal yang sebelum itu dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah sewa pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Mayat Adam Rayqal ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu, kira-kira 11 malam selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

Mayatnya ditemui sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dalam keadaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Hasil bedah siasat mengesahkan bayi malang itu meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala sebelah kiri.

Polis menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka sebelum direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

UPDATE: IKUTI PENJELASAN PEGUAM YANG TERLIBAT DENGAN KES INI TENTANG APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DAN MENGAPA HUKUMAN SEDEMIKIAN DIJATUHKAN KEPADA PENGASUH ADAM RAYQAL

Rujuk artikel terkini: ‘Bunuh Kena 6 Tahun Je?’ Peguam Jelaskan Kes Mayat Bayi Disorok Dalam Peti Sejuk

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

niat ganti puasa

Lafaz Niat Puasa Qadha (Ganti Puasa Ramadhan)

gaji penjawat awam 2022

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Negeri (JANM)