in

Tiada Lagi Rekod, Keahlian RELA Telah ‘Dipadam’. Cuba Check Semula!

keahlian rela
ADVERTISEMENT

Kuala Lumpur: “Semakan dilakukan semalam mendapati saya berdaftar sebagai anggota Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia), namun rekod itu sudah ‘dipadam’,” kata Haziziyana Kabel, 35.

Haziziyana yang juga suri rumah berkata, dia membuat semakan secara dalam talian melalui pautan jabatan itu malam ini selepas diminta rakannya untuk berbuat demikian.

“Saya lihat rakan memuat naik hantaran di status WhatsApp memaklumkan namanya tiba-tiba tersenarai sebagai anggota Rela dan minta saya untuk turut membuat semakan.

Baca juga: Ramai Keliru Jadi Ahli RELA Walaupun Tak Pernah Daftar. Ini Penjelasannya

“Semakan dilakukan mendapati saya turut tersenarai sebagai anggota Rela yang dikatakan berdaftar pada 24 November 2010.

“Selain saya, ada tiga lagi rakan saya turut memaklumkan mereka tersenarai sebagai anggota jabatan itu sejak 2010 walaupun tidak pernah membuat permohonan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, semakan kali kedua dilakukannya kira-kira 9 malam ini mendapati rekod pendaftarannya sebagai anggota Rela sudah ‘dipadam’.

“Rakan menghubungi saya untuk memaklumkan supaya membuat semakan terkini pada pautan berkenaan dan mendapati rekod itu sudah tiada.

“Hasil semakan dilakukan mendapati rekod kami berempat sudah tiada dalam sistem jabatan berkenaan dan memandangkan maklumat itu sudah tiada, kami tidak berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, wujud juga rasa bimbang apabila namanya tiba-tiba berdaftar sebagai anggota jabatan itu kerana risau mungkin ada pihak yang akan menyalahgunakan maklumat itu.

Terdahulu, dilaporkan bahawa terdapat ramai individu yang didaftarkan sebagai anggota Rela walaupun tidak pernah membuat permohonan hasil semakan secara dalam talian melalui pautan jabatan itu.

Update: Difahamkan segelintir yang membuat semakan kali kedua sekitar jam 8.05pm tadi mendapati rekod keahlian RELA mereka telah dipadam.

Link semakan : https://myrela.moha.gov.my/myrelamobile/rela/semak_result

Sumber: Harian Metro

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lelaki Ini Kongsikan Kelemahan Thermomix Pada Masakan Anda. Berbaloi Ke Nak Beli?

dokumen sokongan rayuan bpr

Rayuan BPR Fasa 2: Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan