in ,

Ini Peranti Apple Yang Disokong iOS 15 Dan Ciri Baru Yang Pasti Anda Suka

ADVERTISEMENT

Adakah anda pengguna barangan berjenama Apple seperti iPhone? Pastinya anda sudah mendengar berita tentang pelancaran sistem operasi iOS 15 yang terbaru mereka. Walaupun sudah didedahkan tentang pelancaran ini, ianya hanya terhad untuk pembangun (Developer) sahaja dan perlaksanaannya secara rasmi akan bermula pada September tahun ini.

Bagi anda yang terfikir tentang apakah iPhone anda bakal disokong dengan sistem baru ini, ini jawapannya. Sistem operasi iOS 15 akan menyokong setiap iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 14. Ini termasuk juga dengan peranti lain seperti iPod Touch. daripada Apple ini.

Senarai Peranti Apple Yang Masih Disokong Sistem Operasi iOS 15

Di bawah ini kami senaraikan model iPhone yang masih boleh disokong oleh sistem operasi terbaru:

  • iPhone 12 Pro and iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 12 mini and iPhone 12
  • iPhone 11 Pro and iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone XS and iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8 and iPhone 8 Plus
  • iPhone 7 and iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s and 6s Plus
  • iPhone SE (1st gen)
  • iPhone SE (2nd gen)
  • iPod touch (7th gen)

Ciri-Ciri Terbaru iOS 15 Yang Menarik!

Walaupun tiada pembaharuan pada antaramuka (UI) dilihat pada iOS ini, terdapat beberapa ciri-ciri terbaru yang pastinya bakal disukai terutamanya bagi pengguna iPhone.

1 – Notifikasi

Pada bahagian notifikasi, sistem operasi iOS 15 memperlihatkan kemaskini pada rekaan dengan kaedah baharu dalam memperlihatkan ringkasan notifikasi kepada anda. Pembaharuan ini akan memudahkan anda mengikuti pelbagai perkembangan dengan cepat.

Selain itu, pengguna boleh menyesuaikan mod untuk memfokuskan kerja, hiburan atau bersosial. Bagi anda yang tidak sukakan gangguan ketika bekerja, mod fokus kerja sesuai diaktifkan untuk mengurangkan notifikasi yang tidak berkaitan masuk. Sebagai contoh, ketika mod berkenaan diaktifkan, ia akan lebih memfokuskan kepada notifikasi daripada rakan sekerja, dan aplikasi yang berkaitan dengan kerja sahaja.

2 – Message

Walaupun rata-rata pengguna telefon pintar jarang menggunakan aplikasi message ini. Pembaharuan yang dibuat pada aplikasi message atau iMessage ini sangat menarik.

Antaranya ialah apabila anda mengaktifkan mod Do Not Disturb, peranti anda akan memaparkan status mod anda di aplikasi Message. Ini sekaligus membolehkan rakan anda mengetahui anda sedang sibuk.

Selain itu bagi anda yang suka berkongsi gambar dalam jumlah yang banyak, fungsi photo stack akan memudah untuk penerima melihat gambar yang dikirimkan scara lebih tersusun dan menyeluruh.

Selain itu, terdapat juga fungsi “drag and drop” pautan dan juga “Share with you” jika anda ingin berkongsi kepada orang lain. Antara yang paling menarik perhatian adalah “Live Text” di mana anda boleh memilih tulisan yang ada pada gambar dan menukarkannya dalam bentuk teks.

3 – Facetime

Facetime adalah satu aplikasi yang hanya ada pada produk Apple sebelum ini. Namun dengan pembaharuan sistem iOS 15 ini, pengguna daripada peranti lain seperti Android ataupun web juga boleh menyertai panggilan daripada Facetime ini.

Selain itu, pengguna Facetime boleh menjadualkan panggilan mereka dan boleh membuat panggilan secara lanskap mod. Antara yang paling menarik adalah anda boleh membuang segala bunyi persekitaran yang tidak diingini dengan pilihan jenis-jenis microfon di dalam tetapan.

Tambahan lagi, aplikasi Facetime juga boleh membolehkan pengguna berkongsi skrin, mendengar muzik atau menonton video strim bersama-sama. Fungsi yang seakan-akan aplikasi popular lain seperti Zoom dan Microsoft Team ini pastinya sangat berguna kerana situasi sekarang orang ramai lebih kerap berkerja dari rumah melalui dalam talian.

5 – Lain – lain Ciri Pembaharuan

Antara pembaharuan lain yang ada pada iOS 15 adalah fungsi “Memories” pada aplikasi Photos yang lebih cantik dan tidak bosan, fungsi kunci digital baharu seperti “Keys” serta Apple ID dalam Wallet.

Tidak terlepas juga aplikasi Weather yang menerima animasi baharu, peta Apple Maps yang lebih terperinci dan paparan 3D, antaramuka aplikasi Safari yang baharum privasi dipertingkatkan dan banyak lagi.

Ciri-ciri di atas ini akan ditawarkan bersama sejumlah ciri baharu lain melalui iOS15 kelak.

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Guna Tuala ‘Good Morning’, Wanita Kongsi Tips Simpan Sayur Segar Berbulan Lamanya

Senarai Bantuan Yang Diumumkan Dalam Pakej Kita Selangor 2.0