Harga Minyak Masak Naik Hingga Hampir RM50 Untuk 5kg, Ini Respon KPDNHEP

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia mula resah dengan isu kenaikan harga barang keperluan asas.

Di media sosial, ramai yang mengeluh kerana tidak dapat membeli minyak masak dalam paket, bahkan harga minyak masak dalam botol 5kg pula naik mendadak sehingga mencecah hampir RM50.

Dalam beberapa gambar di tular di Facebook, peniaga khususnya amat terkesan dengan kenaikan harga barang ini dan meminta pihak KPDNHEP untuk memantau harga di pasaran.

Rata-rata orang ramai mempersoalkan bagaimana negara kita adalah pengeluar minyak sawit yang utama, tetapi pengguna tempatan pula menghadapi masalah bekalan & kenaikan harga yang sangat membebankan.

Ramai yang terjejas dengan masalah yang berlaku pada ketika ini. Ia menyebabkan kos sara hidup meningkat sehingga ramai merasai bahang dan bebannya.

Baca juga: Rawatan HFMD Guna Serbuk Kunyit & Daun Semambu Tidak Digalakkan – KKM

Mengulas isu ini, KPDNHEP di laman Facebook rasminya telah membuat kenyataan berikut:

KPDNHEP menetapkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2021.

Harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen yang dijual dalam botol ialah RM29.70 bagi 5kg; RM18.70 ( 3kg); RM12.70 ( 2kg) dan RM6.70 bagi sekilogram.

Sumber: Facebook KPDNHEP

Kenyataan tersebut mengatakan bahawa minyak masak sebatian / campuran tidak tertakluk kepada kawalan harga yang ditetapkan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar merujuk kepada label yang ditandakan pada botol minyak masak sawit untuk membezakan mintak masak tulen dengan sebatian / campuran.

Penjelasan ini menyebabkan ramai yang kurang berpuas hati dan memohon agar ketetapan ini diperhalusi, tambahan pula dengan isu kenaikan harga pelbagai barang keperluan.

Jadi, apa kata anda?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: