Beralih Kepada TM & Terima Pakej Unifi 30Mbps RM39 Sebulan Sahaja

Telekom Malaysia (TM) dilihat membuat promosi secara “senyap -senyap” dengan menawarkan pakej internet jalur lebar Unifi 30Mbps dengan hanya bayaran RM39 sebulan.

Selain pakej RM39 untuk 38Mbps, berikut pakej lain yang turut di sertakan dalam gambar di bawah

Promosi TM Unifi kali ini dilihat lain dari yang lain, dan tidak terlalu digembar-gemburkan.

Melalui penilitian, kami sendiri tidak menemukan hebahan promosi ini dilaman web rasmi TM Unifi

TM juga pada promosinya kali ini dilihat membuat promosi “sailang” pengguna dari perkhidmatan internet yang lain.

Dalam satu perkongsian pengguna Twitter yang berkongsi perbualan beliau bersama pihak perkhidmatan pelanggan Unifi untuk mengesahkan promosi tersebut.

https://twitter.com/mAAdJimi/status/1267690961401864194?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1267690961401864194&ref_url=https%3A%2F%2Fbm.technave.com%2Funifi-tawarkan-promosi-murah-untuk-menarik-pelanggan-servis-internet-lain-bermula-rm39-untuk-30mbps-11346

Syarat utama yang dikenakan kepada pengguna yang ingin mendapatkan promosi TM Unifi ini, hanya pelanggan yang sedang melanggan dari penyedia perkhidmatan internet lain sahaja boleh melanggan dan mendapatkan promosi khas ini.

Menurut perkongsian dari laman Amanz, promosi ini tidak dibuat secara terbuka. Hanya pelanggan tertentu sahaja, termasuk bekas pengguna yang pernah menjadi pelanggan TM.

Sebenarnya, sebelum TM, penyedia perkhidmatan internet TIME juga di katakan pernah melakukan promosi sedemikian.

Dengan membuat promosi kepada penggguna yang menggunakan perkhidmatan internet lain untuk beralih kepada perkhidmatan TIME.

Untuk mendapatkan kepastian tentang sebarang promosi yang di buat oleh pihak TM, anda di nasihatkan untuk terus berhubung secara langsung dengan pihak Telekom Malaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: