Harga Kad Grafik Komputer Bakal Menjunam?

Kad grafik computer atau lebih dikenali sebagai GPU sangat diperlukan untuk mendapatkan paparan yang berkualiti dan berpretasi tinggi dalam permainan komputer, animasi komputer, pengeditan video dan lain lain.

Tetapi pasaran harga bagi kad grafik komputer buat masa kini sangat mahal jika dibandingkan setahun setengah yang lalu. Sudah tentu, pengguna khususnya para pemain permainan komputer terpaksa mengeluarkan bajet yang lebih untuk membeli kad grafik.

Harga pasaran kad grafik komputer yang tinggi ini didorong oleh perlombongan kriptowang dan juga kekurangan cip global yang dihadapi terutamanya ketika pendemik covid-19 melanda.

Namun baru-baru ini, sebuah laman sesawang iaitu wccftexh mededahkan bahawa harga pasaran bagi kad grafik telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 6 bulan ini. Sila lihat carta analisis di bawah.

Merujuk kepada carta analisis yang dikongsikan oleh laman 3D Center jelas menunjukan penurunan harga pasaran di German bagi kad grafik nVidia dan AMD sangat ketara berbanding bulan-bulan sebelumnya. Sila lihat perbandingan harga dibawah.

Pengedar-pengedar di Amerika seperti Newegg dan Amazon belum menunjukan tanda penurunan ketara buat masa kini tetapi ianya mungkin tidak dapat dielakan kerana pasaran harga ini berkait rapat antara satu sama lain.

Kejatuhan ini didorong oleh kemorosotan dalam pasaran kriptowang yang tidak seperti dijangkakan meningkat seterusnya mewujudkan peluang bagi harga kad grafik komputer ini menjunam.

Buat masa ini, harga pasaran kad grafik komputer di Malaysia masih tinggi walaupun harga pasaran global menunjukan penurunan yang ketara dan belum ada tanda penurunan mendadak dalam masa terdekat ini.

Berkemungkinan besar harga kad grafik pasaran tempatan boleh didapati lebih murah dalam masa beberapa bulan akan datang.

Sumber: Wccftech

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: